Beberapa Istilah Mengalih Bentuk Teks Linear Kepada Bentuk Teks Bukan Linear

2

Januari 3, 2013 oleh ustazkenali

Definisi Jadual
1. Jadual ialah penyusunan semula data dan maklumat statistik secara teratur dan sistematik.
2. Jadual lazimnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu
(a) Jadual Mudah; dan
(b) Jadual Kompleks
3. Jadual mudah ini hanya terdiri daripada tiga aspek, iaitu perkara (pemboleh ubah ) , tahun dan jumlah.
4. Ciri-ciri jadual yang lengkap dan baik adalah;
(a) Mempunyai Tajuk yang ringkas dan tepat yang terdiri daripada tempat ( Malaysia, Asia : ), perkara ( Eksport, Kes Ragut, Bilang penduduk dan sebagainya), dan tempoh masa ( tahun 2013, 2012, 2011 ).
.
(b) Tajuk graf hendahlah ditulis pada bahagian atas jadual dan “disetkan” di tengah-tengah menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan kata nama dan huruf kecil bagi kata hubung dan kata sendi nama.Contohnya:
Malaysia : Bilangan Pekerja Asing Mengikut Sektor bagi Tahun 2011 – 2013

(c) Lukiskan ruang-ruang yang sesuai bagi setiap pemboleh ubah.
(d) Berikan tajuk kecil bagi setiap pemboleh ubah pada setiap ruang dengan jelas.
(e) Nyatakan sumber di bahagian bawah sebelah kanan jadual

5. Jadual Persediaan ialah jadual yang disediakan untuk memasukan maklumat teks linear sebelum sebuah graf tertentu dapat dibina.

* Tajuk graf juga boleh ditulis dengan HURUF BESAR…jika sudah biasa dengan menggunakan huruf besar.

2 thoughts on “Beberapa Istilah Mengalih Bentuk Teks Linear Kepada Bentuk Teks Bukan Linear

  1. cikgu bid berkata:

    Assalammualaikum ustaz….mohon izin hamba untuk menggulas bahagian (b) ustaz tersebut…hamba difahamkan sekarang dalam sistem penggal tajuk mesti ditulis seluruhnya dengan huruf besar…harap maaf kalau hamba tersalah tafsir…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2013
M T W T F S S
« Nov   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated