Pilih Tiga Kaedah untuk jalan Penyelidikan Tingkatan 6

10

Januari 6, 2013 oleh ustazkenali

KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT-MAKLUMAT

Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam projek penyelidikan Tingkatan enam. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah penyelidikan tersebut ialah perbincangan kumpulan, pemerhatian, temubual, bancian, menyediakan borang soal selidik, fotografi dan beberapa bahan rujukan/ tinjauan literature. Untuk kemudahan para pelajar pilihlah keadah penyelidikan yang mudah dan murah kerana semua kos penyelidikan adalah tanggungan pelajar sendiri. Adalah diingatkan kepada semua pelajar pilih sekurang-kurangnya tiga kaedah dalam penyelidikan, contohnya seperti kaedah pemerhatian, temubual dan kaedah soal-selidik.

Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Kaedah ini jelas sekali digunakan semasa lawatan ke tempat/ kawasan kajian. Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan kawasan yang dikaji menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran / PBS.

Kaedah Temu bual

Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah formal biasanya penyelidik telah memohon dan memaklumkan terlebih dahulu kepada responden dan telah mendapat persetujuan untuk ditemubual( Kebenaran bertulis melalui surat permohonan) . Temubual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang di kaji. Manakala temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual secara rambang dan tidak perlu kepada permohanan bertulis; sekadar persetujuan lisan penyelidik dengan responden yang dipilih secara rawak.

Kaedah Perbincangan kumpulan

Berdasarkan tajuk kajian yang hendak dijalankan, perbincangan kumpulan amat penting. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari ahli kumpulan akan ditelitikan seterusnya dibincangkan bersama-sama. Selain daripada itu juga, idea-idea daripada ahli kumpulan dapat diketahui. Perbincangan ini adalah asas daripada kaedah dalam penyelidikan kajian ini. Dengan mengadakan perbincangan, kata sepakat telah diperolehi dan kami telah memilih tajuk serta lokasi kajian. Ingat PBS tingkatan enam adalah penyelidikan individu.

Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Reka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji. Borang soal selidik itu boleh diedarkan secara rawak atau terpilih kepada responden kajian. Maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik itu akan menjadi sebahagian pengumpulan data kajian.

Bahan -bahan rujukan

Bahan rujukan boleh melalui tinjauan maklumat kajian-kajian lalu (arkib ). Bahan bacaan lain yang kami membuat rujukan ialah surat khabar, buku-buku dan majalah -majalah.

10 thoughts on “Pilih Tiga Kaedah untuk jalan Penyelidikan Tingkatan 6

  1. aza berkata:

    cikgu ada x contoh borang kaji selidik untuk pengangkuta?

  2. ustazkenali berkata:

    Salam…Anda boleh baca dan didapati Kajian Mazdi Marzuki di Kelantan dan Kajian di Hulu Langat Selangor. Taip Mod Pengangkutan dalam kajian tersebut ada borang soal-selidik.

  3. white berkata:

    as salam ,, nak tya ada tak contoh untuk soal selidik perniagaan stesen minyak?

  4. Nur Aqilah berkata:

    Assalamualaikum, ada contoh soal selidik tentang kuih bahulu tak ?🙂

  5. hanin adilah berkata:

    assalamualaikum cikgu.. maaf mengganggu.. cikgu, dari sumber mana saya boleh dapat contoh borang soal selidik tentang faktor pemilihan mod kenderaan dalam kalangan pelajar universiti terutamanya?

    • ustazkenali berkata:

      Wkmsalam…sebenarnya kajian mengenai pemilihan mod kenderaan banyak. Tapi sebenarnya soalan-soalan yang bermain difikiran kita itulah yang sepatutunya dijadikan soalan-soalan soal selidik. Ada banyak kajian.

  6. Teh berkata:

    Bahan rujukan dikira sebagai kaedah ?Cikgu saya berpendapat oleh sebab kerja kursus mempunyai rujukan di belakang, oleh itu kaedah rujukan tidak dikira.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2013
M T W T F S S
« Nov   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: