Baca Contoh Tinjauan Literature

Tinggalkan komen

Januari 16, 2013 oleh ustazkenali

II . Tajuk : Minat Pelajar CC301
III. OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:
a. Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam kursus CC301 – Quantity
Measurement.
b. Mengenalpasti tahap minat pelajar dalam kursus CC301 – Quantity Measurement.
c. Mengenalpasti sikap pelajar terhadap kursus CC301 – Quantity Measurement.
d. Mengenalpasti hubungan minat dengan pencapaian pelajar dalam kursus CC301 –
Quantity Measurement.
e. Mengenalpasti hubungan sikap dengan pencapaian pelajar dalam kursus CC301 –
Quantity Measurement.

IV. PERSOALAN KAJIAN
Melalui kajian ini, pengkaji berusaha untuk mencari jawapan bagi persoalanpersoalan berikut:
a. Apakah tahap pencapaian pelajar dalam kursus CC301 – Quantity Measurement?
b. Apakah tahap minat pelajar dalam kursus CC301 – Quantity Measurement?
c. Apakah sikap pelajar terhadap kursus CC301 – Quantity Measurement?
d. Apakah hubungan minat pelajar dengan pencapaian pelajar dalam kursus CC301 –
Quantity Measurement?
e. Apakah hubungan sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam kursus CC301 –
Quantity Measurement?

V. KAJIAN LITERATUR

A. Kajian Tentang Minat
Telah banyak kajian berkaitan faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar.
Woolfolk (1998) mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang dikatakan telah
mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang.
Menurut Abdul Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan Sulong (2006), dalam
kajiannya ke atas pelajar Sarjana Muda Bahasan Arab di Institut Pengajian Tinggi Awam
Malaysia mendapati bahawa sikap dan minat pelajar terhadap pelajaran Bahasa Arab
adalah penting dalam menentukan kejayaan mereka. Noraini Omar (2008) dalam
kajiannya mendapati terdapat hubungan antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ramai pengkaji telah mengemukakan teori
berkaitan faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar ialah minat, sikap, gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan latar belakang keluarga. Di samping bahan dan alatan bantuan, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka (Biggs
& Moore 1993).

Minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Namun, ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang pelajar yang berminat dengan mata pelajaran kejuruteraan tetapi malas untuk membuat kajian dan penerokaan tidak akan berjaya menjadi seorang
Jurutera. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Hadiah Senin (1997), dalam
kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar
Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu Pahat Johor mendapati bahawa
pelajar-pelajar yang baik pencapaiannya dalam mata pelajaran Sejarah adalah pelajar
yang mempunyai minat terhadap mata pelajaran tersebut.

B. Kajian Tentang Sikap
Sikap pula wujud bersama manusia sejak dilahirkan. Sikap adalah nur atau cahaya
dan roh yang ada dalam jasad manusia. Menurut Katz (1960), sikap adalah sesuatu yang
mempengaruhi seseorang individu dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa
yang disukai atau tidak. Sikap adalah sesuatu yang terhasil daripada perasaan,
kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi.
Adnan (1987) mendapati sikap pelajar terhadap sesuatu subjek mempunyai
hubungan yang penting dengan pencapaian akademik mereka. Menurut Aminah (2008),
dalam kajiannya mendapati bahawa sikap pelajar Melayu terhadap pembelajaran kurang
menggalakkan apabila 73 peratus tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal
menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung kepada guru (Utusan
Malaysia, 17 Jun 2008).

Abdullah dan Ainon (1997) mendefinisikan sikap sebagai apa yang kita sukai dan
apa yang kita tidak sukai. Sikap menggambarkan kesediaan untuk melakukan sesuatu.
Sikap juga menggambarkan kepercayaan seseorang berkenaan sesuatu perkara. Menurut
Aiken (1976) sikap merupakan kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif
terhadap objek tertentu, situasi, institusi, konsep atau seseorang. Menurut Abdul Rahim
(2001) pula mendapati bahawa sikap memberi kesan yang khusus kepada tingkah laku,
daya usaha, minat dan kesedaran.C. Kajian Tentang Pencapaian
Pencapaian secara umumnya bermaksud kejayaan atau kegagalan pelajar bagi
satu-satu ujian, peperiksaan dalam sekolah atau peperiksaan piawai yang direkabentuk,
ditadbir, diberi markah dan diinterpretasikan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut
khasnya untuk penilaian di sesebuah negara. Biasanya pencapaian ini dinyatakan dalam
skor mentah, gred dan pangkat untuk satu-satu subjek ataupun keseluruhan kursus (Raha,
1991).
Kerlinger (1973) menakrifkan pencapaian akademik secara operasional melalui
suatu ujian yang berasaskan penilaian guru dalam sesuatu ujian.

* Nama penulis yang ditanda memberi maksud, pengkaji telah membuat tinjaun literature dan sekali gus mengukuhkan pengkajiannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2013
M T W T F S S
« Nov   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: