Segera membuat tinjauan literature

Tinggalkan komen

Januari 16, 2013 oleh ustazkenali

Pengenalan
Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.

Tujuan sesuatu tinjauan literatur adalah untuk :
1. memberi idea mengenai pembolehubah
2. mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat.
3. mengetahui status kajian itu diluar.
4. memperolehi makna dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.
5. mengenalpasti masalah sebenar
6. membina hipotesis kajian
7. merancang metodologi yang sesuai

Enam langkah dalam pencarian literatur (six steps in the literature search)
• Tulis pernyataan masalah
• Rujuk sumber sekunder (secondary sources)
o Ensaiklopedia
o Research reviews
• Tentukan descriptors
• Akses sumber preliminary (preliminary sources)
o Abstrak
o Indeks
o Bibliografi
o Sistem maklumat perpustakaan
o Pencarian berkomputer
 Adjusting the scope of the search
 Obtaining the primary sources
 Personal computer
o Perkhidmatan lain di perpustakaan
• Baca dan rekod literatur
• Tulis sorotan literatur
________________________________________

(i) Menulis pernyataan masalah ( Write the problem statement )
Pernyataan masalah perlu ditulis dengan lengkap (complete) dan jitu (concise). Daripada pernyataan masalah, kita boleh tentukan persoalan dan objektif kajian. Sebagai contoh, katakan seorang pengkaji ingin menyiasat perbezaan pengetahuan matematik dan amalan pengajaran di antara guru berpengalaman dan guru baru. Antara persoalan yang boleh ditimbulkan ialah:
Sejauh manakah tahap pengetahuan matematik yang dimiliki oleh guru berpengalaman dan guru baru ?
Adakah tahap pengetahuan matematik mempengaruhi amalan pengajaran ?
Apakah sumber pengetahuan matematik bagi seseorang guru ?
Persoalan-persoalan ini akan membantu pengkaji menjuruskan pencarian literatur yang benar-benar relevan dan menyeluruh.
________________________________________
(ii) Rujuk sumber sekunder ( Consult secondary sources )
Langkah ini akan membantu kita mendapatkan overview bagi sesuatu topik. Walau bagaimanapun ianya boleh diabaikan jika pengkaji telah memiliki pengetahuan yang mendalam tentang perkara tersebut. Sumber sekunder seperti buku dan ensaiklopedia akan membantu bilamana seseorang pengkaji memiliki pengetahuan yang amat terhad tentang topik yang ingin dikaji. Ianya akan memberi maklumat latar belakang dan gambaran yang lebih luas hasil penelitian terhadap ringkasan beberapa kajian terdahulu.
Antara sumber sekunder yang terkenal ialah :
Ensaiklopedia – Ensaiklopedia menyediakan satu gambaran keseluruhan bagi sesuatu maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dan ringkasan pengetahuan tentang sesuatu bidang. Contoh ensaiklopedia ialah; Encyclopedian Of Educational Research, Handbook Of Research On Teaching, Encyclopedia Of Physical Education, dll
Research Review – Research review adalah sumber maklumat yang terbaik kerana;
• Pengumpulan literatur terkini dalam research review telah disediakan oleh mereka yang pakar dan berpengetahuan tinggi.
• Selain daripada koleksi literatur, pengarang juga telah membuat penerangan yang kritikal dan mensistesiskannya dalam ringkasan yang bersepadu.
• Pengarang (reviewer) selalunya mencadangkan bidang-bidang yang memerlukan kajian lanjutan.
Antara contoh research review ialah: Review Of Educational Research, Annual Review Of Psychology, Psychological Review, dll.
________________________________________
(iii) Tentukan descriptors ( Determine descriptors )
Descriptors adalah terma-terma yang boleh membantu untuk meneroka sumber yang berkaitan dengan sesuatu topik. Untuk contoh kajian: An Investigation Of Pedagogical Content Knowledge And Teaching Practices Among Experienced And Novice Mathematics Teachers, antara descriptors yang jelas ialah; PCK, teaching practices, mathematical knowledge, expert teacher, subject matter knowledge, classroom practices, professional knowledge, dsb.
Descriptors boleh diklasifikasikan sebagai major dan minor. Descriptor major seperti ‘mathematics expert teacher’ akan menjuruskan lagi hasil pencarian. Sebahagian daripada pengkalan data (database) mempunyai descriptors yang tersendiri untuk sesuatu topik.
________________________________________
(iv) Mencari sumber preliminary ( Search preliminary sources )
Biasanya kita menggunakan sumber preliminary untuk mendapatkan sumber primer, khususnya pencarian melalui komputer. Sumber preliminary biasanya terdiri daripada abstrak dan indeks.
Abstrak – Abstrak ialah ringkasan yang padat (concise summary) bagi sesuatu hasil kajian. Ianya merupakan sumber maklumat yang amat bernilai, khususnya kepada para pengkaji. Antara sumber abstrak yang terbesar ialah; “Dissertation Abstracts International” (http://wwwlib.umi.com/cresearch/main), yang mana mengandungi abstrak bagi disertasi daripada kebanyakan kolej dan universiti di USA; “Psychological Abstracts”, “Resources in Education”, dan “Current Index to Journals in Education”.
Indeks – Beberapa indeks menyediakan rujukan kepada majalah dan artikel jurnal yang berkaitan dengan sesuatu topik khusus. Kebanyakan bahan abstrak dan indeks mengandungi makalah jurnal dan kertas kerja persidangan. Terdapat juga judul-judul yang meliputi buku-buku, penerbitan rasmi, dan filem. Antara contoh indek yang digunakan secara meluas dalam penyelidikan pendidikan ialah seperti; ERIC1 (http://www.askeric.org), “Education Index”, “Social Science Index”, “Physical Education Index”, “PsycINFO2”, dan “Current Content3”.
1ERIC (Educational Resources Information Center) is the world’s largest source of educational information, with more than 1 million abstracts of documents and journal articles on education research and practice. ERIC, established in 1966, is supported by the U.S. Department of Education, Office of Educational Research and Improvement, and the National Library of Education. It also corresponds to the printed indexes Resources in Education (RIE) and Current Index to Journals in Education (CIJE) [http://www.askeric.org ]
2PsycINFO – A computer search in the field of behavior science. PsycINFO selects key words and lists appropriate titles, identifying authors and journals.
3Current contents – This small weekly magazine, published by the Institute for Science Information, contains the table of contents of journals published recently within a general content area and divides journals by subarea.
________________________________________
Bibliografi – Bibliografi menyenaraikan buku-buku dan artikel berkenaan sesuatu topik. Terdapat dalam berbagai bentuk, bergantung kepada bagaimana maklumat itu disenaraikan. Semuanya mengandungi nama penulis, tajuk buku / artikel, nama jurnal, dan maklumat penerbitan. Sebahagian daripada bibliografi adalah beranotasi (annotated), iaitu mempunyai penerangan ringkas tentang nature dan skop sesuatu artikel atau buku.
Perlu diingat bahawa seseorang pengkaji tidak wajar mengambil atau mencatat bulat-bulat mana-mana rujukan yang terdapat dalam sesuatu buku atau artikel, tanpa membacanya sendiri. Ini akan dapat meyakinkan kita bahawa sumber-sumber berkenaan benar-benar ujud dan kandungannya relevan dengan topik kajian. Ingatlah bahawa :
• Penulis sebelumnya mungkin cuai dan memetik sumber atau sumber-sumber yang tidak betul.
• Penulis sebelumnya mungkin memperolehi dapatan kajian yang terkeluar dan berbeza daripada maksud penulis asal atau fahaman kita sendiri.
Antara contoh koleksi bibliografi ialah; “Annotated Bibliography on Movement Education”, “Completed Research in Health”, “Physical Education”, dll
Sistem maklumat perpustakaan – Penggunaan kad katalog yang mengandungi maklumat penulis dan subjek sudah dianggap ketinggalan zaman. Hampir semua perpustakaan universiti pada hari ini telah menggunakan sistem pengkalan data berkomputer dan berada dalam talian (on-line) serta boleh diakses di mana-mana. Kita boleh memilih sama ada ingin membuat pencarian dengan berdasarkan nama pengarang, judul buku, atau nombor panggilan. Status dan kedudukan buku-buku yang dikehendaki akan dapat diketahui dengan mudah dan cepat. Antara sistem yang digunakan oleh kebanyakan perpustakaan universiti ialah “On-line Public Access Catalog” ( OPAC – TelNet ) / “Virtual Integrated Library System” ( VTLS ).
Pencarian berkomputer – Kemudahan perkhidmatan komputer telah memberi sumbangan besar kepada bidang penyelidikan, khususnya dalam mencari kajian literatur. Ianya menjadikan pencarian lebih sistematik, efektif, dan efisen. Terdapat beberapa pengkalan data (database) yang boleh diakses melalui komputer peribadi sama ada di pejabat atau di rumah. Pencarian boleh dibuat sama ada secara on-line atau dengan menggunakan CD-ROM. Pengkalan data yang besar (seperti ProQuest dan EBSCOHost) perlu dilanggan (subcribe), manakala beberapa terbitan lain boleh diakses secara percuma.
Pencarian berkomputer secara on-line memerlukan kemahiran berikut:
• Penyelarasan (adjusting) skop pencarian dengan menggunakan “boolean”.
• Memilih artikel berkaitan dari sumber primer, menyimpan (save) dan edit file (artikel yang dipaparkan)
• Menggunakan kemudahan Internet seperti search engine (eg: http://www.google.com), FTP, Newsgroup, e-group, dsbg.
Perkhidmatan lain di perpustakaan – Perkhidmatan yang boleh didapati di perpustakaan bergantung kepada institusi di mana ia berada. Selain daripada perkhidmatan yang biasa ( seperti katalog, OPAC, interlibrary loan, dsbg ), kebanyakan perpustakaan universiti menyediakan koleksi CD-ROM terkini dalam pelbagai bidang dan langganan-langganan terbaru dengan beberapa pengkalan data secara on-line. Dapatkan username dan password daripada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) di universiti-universiti berkenaan, untuk akses masuk ke pengkalan data atau jurnal tertentu. Sebahagian daripada pengkalan data dan e-journal adalah untuk akses dalaman sahaja (accessible in campus only).
________________________________________
(v) Membaca dan merekod literatur ( Read and record the liteature )
Setelah literatur yang berkaitan dibaca dan difahami, maka ianya perlu direkod. Perekodan melibatkan proses menulis maklumat utama (spt: penulis, judul artikel/buku, nama buku/jurnal, dan maklumat penerbitan) dan membuat ulasan serta abstrak bagi setiap literatur yang terpilih. Ulasan dan abstrak yang baik umumnya mengandungi sekurang-kurangnya lima bahagian utama :

Sumber UKM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2013
M T W T F S S
« Nov   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: