Contoh Pengenalan oleh Nurain Saripan

8

Januari 30, 2013 oleh ustazkenali

PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Vandalisme bukanlah satu isu baru di Malaysia, malah ia hangat diperbincangkan oleh media massa. Kamus Oxford Advanced Learner’s mentakrifkan vandalisme sebagai “willfully destroy or damage (public property) dan vandal sebagai ‘person who willfully destroys or damage works of art, public and private property, the beauties of nature, etc’. Di mana-mana sahaja kita sering terserempak dengan bangunan yang diconteng dan dilukis dengan lukisan yang sungguh abstrak. Gambar-gambar dan lukisan lucah mudah sahaja dijumpai pada tembok-tembok, batu batan di tepi pantai, tandas-tandas awam, pondok telefon dan di bangunan sekolah termasuk kerusi dan meja pelajar.

Segala golongan yang dikaitkan dengan perbuatan yang tidak berakhlak ini adalah pelajar-pelajar sekolah dan remaja serta para penganggur yang kerjanya hanya melepak di kompleks membeli belah, pengacau orang lalu lalang dan menjadi kutu malam. Golongan ini kerap menjadi sasaran, kritikan dan tuduhan bahawa mereka terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat fenomena vandalisme dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat fenomena vandalisme dikaitkan dengan pemuda-pemudi punk dan rock. Budaya Barat yang menular ke negara ini melalui media massa telah mempengaruhi pola tingkah laku pelajar dan remaja kita.

Dalam tahun-tahun 50-an, kajian terpenting mengenai sikap buruk pelajar-pelajar adalah seperti mencuri dan bersikap kasar. Sikap buruk ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pihak sekolah (Lander, 1954). Pada tahun 1952, Gluek, Eleanor dan Sheldon (1968) menyenaraikan sikap buruk pelajar adalah seperti melanggar peraturan kerana kurang diberi perhatian, kecuaian dan merokok. Namun begitu, trendnya kini sudah berubah. Kebanyakan sekolah di merata-rata tempat, perbuatan vandalisme menjadi isu utama yang hangat di perbincangkan oleh media massa.

Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius. Ini terbukti apabila sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).
Masalah merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau tidak, telah menjadi fenomena lumrah dalam alam persekitaran sekolah. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini mendapat perhatian serius dari pihak sekolah dan juga masyarakat. Pelajar-pelajar tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan orang lain. Mereka sewenang-wenangnya merosakkan dan mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa rasa bersalah langsung.

Persoalannya sekarang, mengapakah pelajar begitu mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat?. Bukankah perbuatan menconteng merupakan suatu kerja yang sia-sia?. Tidakkah pelajar sedar yang perbuatan mereka tidak mendatangkan sebarang faedah? Seperti mana yang dikatakan, dunia pelajar penuh dengan pergolakan untuk mencari identiti diri. Pada peringkat ini pelajar mengalami krisis psikologi dan konflik batin yang hebat.

Menurut (Ann Wan Seng, 1994) vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori pelajar. Pertama, yang melakukan perbuatan vandalisme hanya secara suka-suka. Tidak terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatan vandalisme boleh membawa akibat yang tidak baik seperti permandangan yang menyakitkan mata. Apa yang terlintas dalam fikiran dicurahkan atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen dan batu-batan. Motif perbuatan mereka tidak jelas. Mungkin sekadar untuk menghabiskan masa lapang.

Kedua, golongan pelajar yang mengalami tekanan jiwa yang hebat. Pelajar yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian yang dihadapi menyebabkan mereka melakukan perbuatan menconteng sekadar untuk menarik perhatian orang ramai. Di samping itu, golongan pelajar dalam kategori ini mempunyai alasan untuk melakukan vandalisme. Oleh kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk mereka mencurahkan isi hati, maka segala perasaan tidak puas hati dan kekacauan fikiran diluahkan melalui tulisan-tulisan dan lukisan yang tidak tentu hala. Setiap perkataan yang ditulis dan bentuk benda yang dilakar menggambarkan kekacauan jiwa remaja tersebut.

Golongan ketiga pula terdiri daripada mereka yang sentiasa tidak puas hati dengan keadaan diri dan masyarakat. Oleh itu, kita dapati sesetengah tempat diconteng dengan gambar-gambar lucah, kata-kata yang memberahikan. Apabila mereka berbuat demikian, mereka berasa puas dapat menggangu kehidupan orang lain. Golongan yang keempat pula terdiri daripada remaja yang mabuk bercinta. Vandalisme dan golongan ini bertumpu di taman-taman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Antara hasil ukiran ialah lambing love, anak panah dan ukiran nama merpati sejoli. Demi cinta abadi kasih terpahat, rindu terpaku dan kasih diukir. Golongan ini melakukan vandalisme tanpa kesedaran dan pertimbangan yang rasional. Dorongan emosi menguasai diri mereka daripada akal fikiran.

Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan orang yang merosakkan harta benda merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.

Sekiranya gejala vandalisme ini tidak dikurangkan secara berkesan, ia akan mendatangkan masalah yang rumit kepada negara. Tidak ada faedahnya negara pesat membangun dan menggunakan teknologi yang baru, seperti peralatan canggih, sedangkan para pelajar yang bakal menjadi jentera penggerak adalah generasi yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab dalam memelihara harta benda negara. Keuntungan negara terpaksa diagihkan untuk memperbaiki dan mengganti semula harta benda yang telah dirosakkan.
Menurut Datuk Lee Lam Thye, lagi masalah salah laku di kalangan pelajar memerlukan tindakan bersepadu yang serentak dan menyeluruh dari setiap lapisan masyarakat. Ini termasuklah guru, ibu bapa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan lain-lain (dlm. Norainon Othman, 1997)Laporan Salah laku Murid Sekolah Malaysia (1996) mengkelaskan dua bentuk serangan terhadap sekolah: pertama, serangan dituju kepada harta benda seperti pecah masuk, merosak dan mencuri harta benda sekolah; kedua, serang dituju untuk menganggu rutin sekolah seperti kebakaran, ugutan bom dan bunyi loceng amaran palsu.

Menurut kajian Taip Abu (1989) pula, jenis-jenis tingkah laku merosak Perumahan Mahasiswa dibahagikan mengikut kekerapan iaitu amat kerap, kerap dan tidak kerap. Kajian ini menunjukkan menconteng dinding, memecah pintu, membengkok kipas, memecah pasu bunga, merosak meja dan memecah papan kenyataan antara yang amat kerap dilakukan. Kerosakan yang hanya kerap dilakukan adalah seperti mengalihkan pemadam api, memecahkan kotak hosereel dan memecahkan glass point bomba, merosakkan sinki dan….

Beginilah cara menulis pengenalan yang baik… Anda sesuaikan mengikut tajuk kajian. Ingat…Jadikan guru PAM anda sebagai rujukan.
U-KEN 3012013

8 thoughts on “Contoh Pengenalan oleh Nurain Saripan

  1. mohd ridzwan berkata:

    as salam.. ustaz ada contoh pngenalan perhotelan ka ??

  2. hafiz94 berkata:

    kalau pengenalan untuk lori pasir ada tak ?

  3. aneexa berkata:

    salam ada contoh soalan mengenai pengurus pemasaran

  4. Syafiqah berkata:

    Ada pengenalan untuk sesebuah sekolah bersejarah ?

    • ustazkenali berkata:

      Salam…setiap negeri di Malaysia ada sekolah bersejarah, di Kedah Kolej Sultan Abdul Hamid, di Pulau Pinang Penang Free School, King Edward kat Perak. Taip Cik Gooole…ok

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2013
M T W T F S S
« Nov   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: