Contoh Inovasi

Tinggalkan komen

Februari 18, 2013 oleh ustazkenali

Zulkifli Haron sahut cabaran Inovasi
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Zulkifli Haron menunjukkan cara menggunakan mesin ‘vending’ pau ciptaannya dibengkel Zull Design Autotronic (ZDA), di Sungai Choh, Rawang, Selangor baru-baru ini.
ASALNYA bukanlah mahu mencipta kelainan namun kerana menyahut cabaran yang dilontarkan oleh seorang sahabat, ‘MacGyver’ Malaysia atau lebih dikenali sebagai Zulkifli Haron memerah otak menghasilkan sebuah mesin runcitan atau menjual (vending) kuih pau.
Pasti anda biasa menggunakan mesin menjual (vending) untuk membeli air minuman sama ada di dalam tin mahu pun botol.
Namun kini anda jangan terkejut kerana sedikit masa lagi anda juga boleh membeli kuih pau siap dipanaskan menerusi mesin yang sama.
Berkonsep untuk memudahkan orang ramai menikmati pau yang masih panas dan segar, Zulkifli mengambil masa berbulan-bulan memikirkan cara mudah untuk menghasilkan mesin tersebut.
Pemilik syarikat Zull Design Autotronic (ZDA) tersebut berkata, bukan tiada syarikat luar negara yang boleh menghasilkan mesin seumpama itu secara khusus namun kos yang diperlukan untuk melaksanakan kajian dan penyelidikan teramat mahal.
Katanya, untuk menghasilkan sebuah mesin tersebut yang boleh mengeluarkan produk baru ia perlu melalui fasa penyelidikan dan pengembangan (R&D) dan penghasilan prototaip baru.
“Pastinya proses tersebut melibatkan kos yang tinggi untuk melaksanakannya dan mereka (syarikat luar) tidak mahu membuat mesin tersebut dengan kadar kos rendah seperti yang kami tetapkan,” katanya.
Bercerita bagaimana idea menghasilkan mesin tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa beliau telah dikunjungi oleh seorang usahawan pau, Abdul Latiff Nabi Bas untuk menghasilkan sebuah mesin khas untuk digunakan menjual pau keluaran syarikatnya.
Pada peringkat awal Zulkifli menolak kerana merasakan sukar untuk dihasilkan dan dengan alasan mesin runcitan pau tiada di pasaran menjadikannya tiada contoh untuk dijadikan rujukan.
Namun atas desakan usahawan tersebut akhirnya Zukilfli menyahut cabarannya dan kini mesin runcitan tersebut sedia untuk dikomersialkan.
Menurut Abdul Latiff yang juga merupakan Ketua Eksekutif Azla Management Sdn. Bhd., idea untuk menghasilkan mesin timbul apabila melihat kejayaan mesin berkenaan untuk menjual air minuman dan juga produk makanan ringan yang lain.
Daripada pemerhatiannya jika penjualan produk makanan menjadi lebih mudah dengan adanya mesin tersebut, justeru apa salahnya jika pau yang dihasilkan juga turut dijual dengan kaedah sama.
“Apa yang saya perhatikan masyarakat hari ini melaksanakan aktiviti harian dengan pantas, oleh itu apabila menyentuh bab pemakanan mereka juga memerlukan sesuatu yang ringkas dan pantas untuk dijadikan hidangan.

Abdul Latiff mengusahakan produk makanan sejuk beku dan pau merupakan antara produk utama yang dihasilkan di kilangnya di Sungai Petani, Kedah.
Selain membekalkan produk sejuk beku ke pasar raya tempatan, produknya juga telah berjaya menembusi pasaran luar negara.
Namun, Abdul Latiff tidak berhenti setakat itu sahaja, kini impian seterusnya adalah penjualan pau secara mudah dan pantas menggunakan mesin ‘vending’ agar segenap lapisan masyarakat dapat menikmati produknya.
“Bayangkan jika sebuah mesin menjual pau diletakkan di lapangan terbang pastinya ia dapat menarik perhatian pelancong yang ingin merasai kelainan di negara ini.
“Di samping itu, mesin juga boleh diletakkan hampir di mana-mana sahaja seperti kantin sekolah, pejabat kerajaan, hentian rehat dan rawat (R&R) serta kawasan tumpuan umum dan pelancong,” katanya.
Kembali kepada penciptaan mesin tersebut, idea asalnya adalah untuk menjual pau yang masih panas kepada orang ramai tanpa perlu menunggu lama.
Jika sebelum ini, pau hanya dijual di kedai-kedai makan dan R&R dengan cara kuih tersebut diletakkan di dalam bekas khas dan dipanaskan sepanjang masa.
Pemanasan yang pada asalnya untuk memastikan kuih tersebut sentiasa segar kadang-kala boleh menyebabkan kuih tersebut rosak dan terlebih masak.
Keadaan itu menyebabkan kualiti serta tekstur kuih pau menjadi rosak dan tidak lagi sedap untuk dimakan kerana terlalu lama dipanaskan.
Jelas Zulkifli, Abdul Latiff mahukan sebuah mesin yang ringkas, mudah untuk dioperasikan serta berkesan untuk konsep penjualan pau yang masih panas dan segar.
“Masalah di sini bukan untuk menghasilkan sebuah mesin yang mampu mengeluarkan pau sahaja, jika demikian ia amat mudah.
“Tetapi bagaimana mahu menghasilkan sebuah mesin yang mampu mengeluarkan pau yang asalnya sejuk beku kemudian dipanaskan sebelum ia sampai kepada pelanggan dalam masa yang singkat,” katanya.
Pada masa yang sama, kos pembikinan mesin tersebut perlulah seminimum mungkin agar harga pau yang dijual dapat disesuaikan.
“Jika sebuah mesin sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit bagaimana pula mahu mendapat keuntungan dengan hanya menjual pau yang hanya berharga kurang daripada RM2 sebiji?,” katanya.
Kerumitan serta segala permasalahan yang dihadapi olehnya menjadikan proses menghasilkan mesin tersebut mengambil masa yang panjang.
Namun, berkat kesabaran serta pengalaman sebagai seorang pereka, satu-satunya mesin menjual pau di negara ini berjaya dihasilkan.
Kini, mesin tersebut dioperasikan sama dengan mesin yang lain yang mana pengguna hanya perlu memasukkan wang bayaran sama ada wang kertas mahupun syiling pada kadar yang telah ditetapkan.
Kemudian memilih pau berdasarkan inti yang digemari, kemudian ia dipanaskan menerusi sebuah ketuhar yang terdapat pada mesin tersebut.
Buat masa kini, proses pemanasan dilakukan secara manual oleh pembeli. namun, ujar Zulkifli sedikit masa lagi segalanya akan diautomasikan bagi memudahkan penggunanya.
Sebuah mesin mampu memuatkan hampir 300 biji pau pelbagai jenis inti. Berat mesin tersebut hanya sekitar 40 hingga 50 kilogram sahaja menjadikannya mudah untuk dialihkan mengikut kesesuaian keadaan.
Terdapat lima jenis inti pau yang diperkenalkan menerusi mesin tersebut iaitu pau berintikan kacang merah, jagung, kaya, sardin dan juga daging.
Bagaimanapun jenis-jenis pau tersebut boleh diubah sepanjang masa mengikut kehendak dan selera pelanggan.
Sebiji pau dijual pada kadar harga RM1.50 menjadikan ia amat sesuai untuk diletakan di kawasan tumpuan orang ramai, sekolah, serta pusat-pusat pengajian tinggi.
Selain itu, Abdul Latiff berkata, penggunaan mesin ‘vending’ tersebut kini sedang dalam kajian dan telah diletakan dikawasan tumpuan orang ramai.
Jika memperolehi sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai serta berkesan, beliau akan menempah dengan lebih banyak lagi.
Menerusi kajian dan rekaan yang dilakukan oleh syarikat Zull Design Autotronic Sdn. Bhd., sebuah mesin tersebut kini hanya memerlukan kos yang kurang daripada RM20 ribu untuk dihasilkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2013
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: