Keledek VitAto Kurangkan Import Gandum

Tinggalkan komen

April 14, 2013 oleh ustazkenali

Vitato ganti gandum
Jejari ubi VitAto memiliki rasa yang lebih enak dan manis secara semulajadi berbanding jejari kentang yang sedia ada di pasaran.

Kawasan Pantai Timur Malaysia menjadi pengeluar ubi keledek VitAto merupakan produk terbaru MARDI dalam menggantikan pengunaan tepung gandum dalam negara.

Menurut Pengurus Pusat Inkubator MARDI Besut, Terengganu, Mohd. Saiful Nizam Hussein berkata, menerusi penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak institut tersebut mereka berjaya menghasilkan produk makanan berasaskan ubi berkenaan.

“Di kenali sebagai VitAto, produk yang berasakan ubi VitAto ini merupakan bahan terbaik menggantikan tepung gandum dalam menghasilkan produk bakeri seperti donut, kek cawan dan pelbagai lagi.

“Malah, kejayaan menghasilkan produk tersebut adalah dorongan daripada lambakan bahan mentah (ubi keledek VitAto) yang mudah diperoleh di sekitar Besut, Terengganu,” katanya ketika di temui di pusat inkubator tersebut baru-baru ini.

Jelas Mohd. Saiful Nizam, teknologi yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan penyelidik MARDI itu kini sedang giat dikomersialkan kepada syarikat yang berminat.

‘‘MARDI mempunyai program khas bagi memilih usahawan yang benar-benar berminat dan mampu membawa teknologi kami ke peringkat yang lebih jauh.

“Oleh itu, bagi produk VitAto, program tersebut digerakkan di bawah Program Inkubator Makanan (Pemprosesan Makanan Berasaskan VitAto),” katanya.

Sehingga kini, MARDI telah mengeluarkan dua teknologi yang menggunakan VitAto sebagai bahan asas iaitu produk bakeri yang terdiri daripada empat produk iaitu donut, muffin, bun dan juga biskut.

Seterusnya produk jejari VitAto (VitAto fries) bagi menggantikan jejari kentang.

Tambah Mohd. Saiful Nizam, sebanyak empat syarikat telah menunjukkan minat terhadap program pengkomersialan produk berasaskan ubi VitAto tersebut.

Keempat-empat syarikat tersebut telah disaring daripada sejumlah besar syarikat yang mendaftar bagi mencari pengusaha yang benar-benar berminat.

Menerusi program tersebut, pengusaha akan menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh MARDI bagi melatih mereka dalam menghasilkan produk makan siap proses menggunakan ubi VitAto.

Malah, peserta juga akan dibantu bermula daripada pencarian bahan mentah sehinggalah kepada teknik pemasaran bagi memastikan mereka benar-benar berjaya dan mampu mengusahakannya sendiri kelak.

Latihan yang diberikan adalah selama dua tahun termasuk proses-proses permohonan pensijilan status halal daripada pihak berkuasa agama, malah jika prestasi yang ditunjukkan oleh syarikat tersebut baik dan amat memuaskan maka mereka akan terus berada di bawah seliaan pusat tersebut selama setahun lagi.

Malah, varieti ubi berkenaan itu juga merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh MARDI.

Terdapat hampir seluas 200 ekar ladang ubi VitAto di Terengganu dengan kadar pengeluaran 20 tan bagi keluasan satu ekar ladang.

Hasil ubi VitAto dengan varieti baru juga dikatakan mampu mencecah 25 hingga 30 tan seekar jika kena pada musim penanaman yang baik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130401/ag_01/Vitato-ganti-gandum#ixzz2QXkzpB32
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

April 2013
M T W T F S S
« Mar   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: