5 Langkah Gaya Hidup Sihat

Tinggalkan komen

Mei 15, 2013 oleh ustazkenali

 

4 langkah gaya hidup sihat

Oleh Prof Madya Dr. Zaitun Yassin & Dr. Mahenderan Appukutty dari Persatuan Pemakanan Malaysia

Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda.
– Gambar hiasan

ADAKAH anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari? Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari? Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang.

Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang. Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.

Langkah 1 – Amalkan hidup dengan berpegang teguh dengan Agama Islam ( Buat apa-apa yang disuruh, tinggalkan apa-apa yang dilarang oleh Syariat Islam )

Agama bukan warisan, jadi kena belajar agama, mengetahui dengan tepat untuk memperolehi iman yang sahih dan barulah dapat amal yang soleh (* U-KEN).

Langkah 2 – Amalkan pemakanan sihat ( sumber makanan yang halal; makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, niat makan kerana untuk mengabdikan diri kepada Allah )

Sarapan – Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.

Makan tengah hari – Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.

Makan Malam – Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.

Langkah 3 – Pilih makanan dengan bijak

n Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.

n Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.

n Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda

n Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.

n Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.

n Pilih makanan tinggi serat.

n Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.

Langkah 4 – Jadi lebih aktif dengan bersenam.

Langkah 5 – Pantau kesihatan anda

Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat pemakanan yang menarik, sertai kami di Karnival Bulan Pemakanan Malaysia ‘Makan Dengan Betul, Jadi Aktif: Kekal Bebas Daripada Penyakit Berkaitan Diet’ di Mid Valley Exhibition Centre (Hall 1) pada hari Jumaat dan Sabtu 3 dan 4 Mei 2013. Terdapat saringan kesihatan percuma, khidmat nasihat pemakanan oleh pakar pemakanan dan dietetik, aktiviti-aktiviti menarik dan banyak lagi. Jadi, bawa keluarga anda bersama dan sertai keriangan ini bermula jam 10 pagi
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130428/kn_02/4-langkah-gaya-hidup-sihat#ixzz2TNNIeBCv
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mei 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: