Seksi Pakai Ketat Susah Kencing VS LUL

Tinggalkan komen

Jun 12, 2013 oleh ustazkenali

Wanita di mana-mana sahaja suka kelihatan cantik, dipuja dan dipuji walaupun menyeksa diri dengan pakaian yang bukan-bukan sehingga menjejaskan kesihatan diri. Wanita yang mengalami LUL perlu  menyesuaikan keadaan dalam emosi mereka. 

MASALAH lemah kawalan kencing atau light urinary leakage (LUL) dialami oleh satu daripada empat wanita berusia 35 tahun ke atas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Malangnya, kebanyakan wanita yang mengalami LUL diselubungi perasaan malu dan ramai yang menyembunyikannya dan cuba menbuat rawatan dengan cara yang salah; buat pandai-pandai sendiri.

Tanpa pengetahuan dan maklumat yang tepat, ramai wanita akan terus bergantung kepada penyelesaian jangka pendek dan tidak berkesan bagi menyembunyikan masalah itu.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Prince Court, Dr. Seri Suniza Sufian mengakui masalah LUL jarang diperkatakan secara terbuka kerana faktor malu dan rendah diri.

“Bagi individu normal yang sihat, kebiasaannya kencing boleh dikawal. Tetapi mereka yang mengalami masalah LUL, air keluar pada masa yang salah.

“Ini disebabkan lemah pundi kencing, pangkal rahim lemah, pemakaian korset yang ketat dan sebagainya,” katanya

Menurut Dr. Seri Suniza, kebanyakan wanita menganggap kebocoran kecil adalah sesuatu yang normal dan bukan masalah serius.

Katanya, mereka mencuba kaedah sendiri untuk mengatasinya seperti kurang minum air, membawa bersama salinan pakaian jika basah atau memakai tuala wanita biasa secara berterusan.

“Cara ini sebenarnya tidak berkesan, malah memburukkan lagi kesihatan. Kaedah yang betul dalam menangani LUL adalah mudah.

“Mereka hanya memerlukan sedikit penyesuaian dalam kehidupan seharian seperti kerap melakukan senaman Kegel (kemut) dan mengelakkan makanan serta minuman yang boleh merangsang pundi kencing,” kata Dr. Seri Suniza.

Beliau berkata demikian pada kempen Menghadapi Realiti Kewanitaan dan Masalah Lemah Kawalan Kencing anjuran Poise sempena Minggu Kontinens Sedunia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. LUL perlu ditangani dengan pendekatan yang praktikal dan sederhana.

Sementara itu, Fisioterapis Kesihatan Wanita Hospital Prince Court, Neng Shahidah Sabullah pula berkata, menginjak ke usia 40-an wanita perlu melakukan banyak penyesuaian dalam hidup yang boleh memberi kesan emosi dan psikologi secara positif.

Ini termasuk katanya, ketika berdepan dengan masalah seperti LUL yang sedikit sebanyak akan menganggu dari segi emosi.

Sebagai pakar fisioterapi, beliau akan mengajar wanita yang mengalami LUL ini mengenai senaman Kegel (kemut) dan 60 peratus daripada mereka berjaya dirawat.

“Senaman Kegel sesuai dengan wanita dan mereka harus belajar bagaimana hendak mengawal kencing dengan melakukan kemut.

“Pemakaian bengkung turut menjadi salah satu punca LUL. Jangan pakai ketat sangat kerana akan memberikan tekanan dari bahagian atas abdomen hingga ke bawah dan membuatkan seseorang itu terasa seperti hendak kencing,” tambah Neng Shahidah.

“LUL adalah satu cabaran dan realiti yang perlu dihadapi secara bijak oleh kebanyakan wanita,”


Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130604/kn_02/LUL-cabaran-untuk-wanita#ixzz2W2H4I8Kq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: