Karangan isu semasa: Persepsi Malaysia menyokong gerakan pengganas

Tinggalkan komen

Jun 16, 2013 oleh ustazkenali

Soalan:  Beberapa peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar yang melibatkan rakyat Malaysia menyebabkan wujud persepsi antarabangsa bahawa negara kita terlibat  dengan gerakan pengganas. Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk menangkis persepsi ini.

Skema Jawapan 1 + 4

Pendahuluan

Memang tidak dinafikan wujud persepsi yang cenderung mengaitkan negara kita dan rantau ASEAN dengan aktiviti pengganas. Tetapi jika teliti dengan dasar-dasar dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia, Malaysia berjaya mengekang dan berjaya menangani gerakan pengganas.

Idea 1 Latar bekakang sejarah negara

H1 – Sejak zaman Kesultanan Melaka, memang wujud kegiatan lanun di perairan Selat Melaka dan kepulauan Nusantara tetapi berjaya dibenteras dari masa ke semasa oleh pemerintah.

H2 – Peristiwa ” Pengeboman Bali, ” yang melibat warga Malaysia; Nordin Mat Top menyebabkan Indonesia menuduh Malaysia menaja aktiviti pengganas. Namun yang rakyat asing dan  Indonesia yang melakukan jenayah di Malaysia lebih ramai.

H3 – Memang wujud gerakan  Parti Komunis Malaya (PKM )yang bertapak begitu lama di Malaysia tetapi berjaya dikekang dan PKM meletak senjata pada tahun 1992.

Idea 2 Langkah-langkah kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat

H1 – Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan kesejahteraan rakyat; yang menjunjung prinsip demokrasi Malaysia menetang keras sebarang aktiviti pengganas sama ada di dalam  negara dan peringkat antarabangsa.

H2 – Ketegasan Malaysia itu dizahirkan dengan penyertaan Angkatan Tentera dan Polis Malaysia sebagai pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti di Congga, Somalia, Bosnia Herzegovina dan beberapa negara lagi.

Idea 3 Sumbangan Malaysia membenteras pengganas

H1 – Malaysia memberi kominten kepada mana-mana negara di dunia dalam membenteras pengganas melalui pertukaran maklumat risikan.

H2 – Pertukaran maklumat dan risikan antara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Australia membuahkan kejayaan dengan menahan aktiivis Mas Selamat , Nur Misuari dan beberapa anggota militan Islam Thailand.

Idea 4 Malaysia menjadi perunding kedamaian di Selatan Filifina dan Thailand

H1 – Persepsi Malaysia sebagai penaja aktiviti pengganas amat tidak wajar kerana negara kita selalu menjadi perunding keamanan.

H2 – Kejayaan Malaysia menyelesaikan konflik Selatan Filiifina membuktikan komitmen Malaysia membenteras pengganas.

Ide  5 Pendekatan sederhana ( wasatiah) Malaysia

H1 – Dasar kerajaan mengutamakan pendekatan rundingan berbanding kekerasan. Malaysia sentiasa mencari jalan perdamaian berbanding menggunakan kekerasan.

H2 – Peristiwa Lahad Datu umpamanya membuktikan kekerasan hanyalah pendekatan terakhir setelah rundingan damai gagal dan demi keselamatan negara bangsa Malaysia.

Kesimpulan

Malaysia sebegai sebuah negara berdaulat, cinta kepada kemanan dan kesejahteraan sentiasa peka dengan sebarang aktiviti pengganas. Kepelbagaian langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia berjaya membenteras aktiviti pengganas.

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jun 2013
M T W T F S S
« May   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: