Buaian ke Kubur atau Buaian ke Buaian E & E

Tinggalkan komen

Julai 1, 2013 oleh ustazkenali

PENGURUSAN SISA ELETRONIK (E & E )

Kajian Oleh : Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

RUMUSAN : Menghentikan penggunaan produk tidak cekap tenaga secara berperingkat.

FOKUS KAJIAN :

1. Menetapkan mekanisme yang sesuai supaya pelaksanaan dasar-dasar kecekapan tenaga tidak    memberikan impak kepada alam sekitar.

2. Kajian ini sebahagian daripada Projek Pembuatan dan Penggunaan Lestari yang ditaja oleh Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur dan Kerajaan British.

DEFINISI SISA ELETRONIK ( e-waste )


Sisa Elektronik (e-waste) ditakrifkan sebagai sisa dari pemasangan peralatan elektrik atau elektronik (E&E) yang dikategorikan sebagai SW110 mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EQA).

Lampu kalimantang dan lampu kalimantang mampat (CFL) yang mengandungi merkuri (raksa) dikelaskan sebagai SW109. Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), penjanaan e-waste pada tahun 2008 adalah kira-kira 688,000 tan metrik dan diramal menjadi 1.11 juta tan metrik pada tahun 2020.

Bagaimanapun,  kesan peningkatan penghasilan sisa daripada pelaksanaan program menghentikan penggunaan produk tidak cekap tenaga secara berperingkat tidak termasuk dalam anggaran ini.

Dapatan kajian  menunjukan  kebanyakan pengguna tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada e-waste  atau sisa terjadual (dengan merkuri) selepas dipungut oleh pihak-pihak tertentu.

Apabila pengguna  membeli produk yang baru, pemborong enggan mengambil semula produk yang lama atau rosak. Syarikat pengendali sisa domestik juga enggan mengambil produk-produk ini.

Oleh itu, pengguna mengambil jalan mudah untuk membuangnya atau menyimpan peralatan ( E & E ) selama ini.

Rumusan Kajian ( e-waste )

1. Pendekatan ‘Buaian ke Buaian’

Membangunkan kitar hayat bagi produk-produk E&E adalah penting untuk menyelesaikan masalah pengurusan sisa. Pada masa ini, pendekatan ‘Buaian ke Kubur’ iaitu daripada pengekstrakan sumber sehingga pelupusan sisa  dipraktikkan.

Pengguna  perlu menukarkan E & E untuk mencapai proses pemulihan sumber. Ini akan ‘mengepam semula’ sumber-sumber kepada sektor pembuatan dan mengwujudkan satu kitar (boleh dikitar  dan digunakan semula ).

Pengguna  perlu beralih dari  pendekatan,  “’Buaian ke Kubur” kepada, “ Buaian ke Buaian ” untuk menyelamatkan sesebuah negara kehabisan sumber asli.

2. Sistem pengambilan semula bersepadu

Sistem Pengambilan Semula Bersepadu mesti dilaksanakan untuk merangkumi semua jenis aliran sisa yang telah dikenal pasti oleh AWER. Aliran masuk sisa yang utama adalah pemborong dan pengeluar, kontraktor sisa pepejal, pusat-pusat kitar semula, peniaga barangan terpakai dan juga pembuangan haram.

Sebagai contoh, pemborong dan pengeluar boleh memperkenalkan sistem rebat kepada pelanggan yang memulangkan produk lama untuk membeli produk baru. Ini boleh membantu untuk mengumpul jumlah besar e-waste dan sisa terjadual (dengan merkuri).

3. Struktur kos sistem pengambilan semula

Kos untuk menguruskan e-waste dan sisa terjadual (dengan merkuri) hendaklah diuruskan bersama oleh industri, kerajaan dan orang ramai. Kawalan keuntungan melalui Perbelanjaan Modal (Capex) dan Perbelanjaan Operasi (Opex) yang telah diaudit perlu ditetapkan.

Tambahan pula, untuk memastikan jumlah pengumpulan e-sisa atau buangan terjadual (dengan merkuri) yang tinggi, loji-loji peringkat serantau dan penyelarasan serantau adalah langkah wajar.

Penyelarasan antara Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand boleh dilihat sebagai satu langkah segera yang perlu dipertimbangkan. Jumlah aliran sisa yang lebih tinggi untuk pemulihan sumber akan memastikan kos yang rendah dan kejayaan yang baik untuk sistem pengambilan semula.

4. Pengawal seliaan dan penguatkuasaan sistem

E-waste dan sisa terjadual (dengan merkuri) mesti dikendalikan dengan betul untuk mengelakkan pencemaran dan larut lesap semasa proses pengumpulan, pengangkutan, penyimpanan, pemulihan separa serta premis pemulihan penuh yang boleh mencemarkan alam sekitar dengan serta merta.

Prosedur asas mesti dibangunkan dan pemantauan berkala adalah penting. AWER juga telah memantau beberapa lokasi pengumpulan dan mengenal pasti banyak perbuatan yang salah serta kekurangan kesedaran daripada pihak-pihak berkepentingan.

JPSPN dan JAS perlu memastikan maklumat yang mencukupi boleh didapati untuk membantu kedua-dua pengguna domestik dan perniagaan.

5. Daftar peniaga barangan E&E terpakai

Peniaga produk-produk E&E terpakai mesti didaftarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Peniaga-peniaga ini akan memainkan peranan dalam ‘penggunaan semula’ produk-produk E&E atau bahagian-bahagiannya.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan terhadap apa yang sebenarnya berlaku seperti isu-isu keselamatan, pelabelan, bahagian-bahagian yang tidak digunakan, dan lain-lain. Produk-produk ini sekurang-kurangnya mesti memenuhi standard keselamatan asas dan direkodkan.

Satu sistem pendaftaran juga akan dapat mengawal para peniaga barangan terpakai untuk memastikan tiada pembuangan sisa secara haram yang dilakukan selepas mengambil bahagian-bahagian E & E (dileraikan ) yang boleh digunakan semula.

Di samping itu, terdapat juga keperluan untuk mengehadkan hayat produk atau bahagian-bahagian yang boleh dijual sebagai barangan terpakai.

Langkah ini adalah penting untuk memastikan golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan produk-produk yang tidak cekap tenaga dan boleh menyebabkan bil elektrik yang tinggi dalam tempoh masa panjang.

Memperkenalkan produk E&E terpakai yang tidak cekap tenaga ke dalam pasaran adalah bertentangan dengan objektif untuk meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia.

Hasil-hasil kajian ini AWER juga akan di kongsi bersama-sama dengan kedua-dua JPSPN dan DOE yang memberikan kerjasama penuh semasa proses konsultasi. Marilah kita berusaha untuk pelaksanaan dasar kecekapan tenaga yang lebih baik dan menyeluruh di Malaysia.

 U-KEN 10.22pagi 01072013

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: