Jenayah berkembang dengan mengikut perkembang teknologi

Tinggalkan komen

Julai 8, 2013 oleh ustazkenali

Soalan: Ada orang berpandangan, ” kemajuan pesat  teknologi siber meningkatkan kes jenayah”, dan negara telah mencatat kerugian sebanyak RM49.46 juta pada tahun 2011. Jelaskan kebenaran pandangan ini.

Pendahuluan

h1 – Kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat atau siber memang meningkatkan pelbagai kes jenayah di Malaysia.

h2 – Sikap pengguna yang kurang cermat mendedahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun menyebabkan kehilangan wang.

Idea 1 :Perniagaan atas talian atau  ” online”

h1 – Kemajuan dalam bidang telekomunikasi membolehkan manusia berhubung dengan cekap dan pantas melangkaui sempadan geografi, maka perniagaan atas talian menjadi satu keutamaan.

h2 – Penggunaan internet yang begitu meluas membolehkan sesuatu perniagaan boleh berlaku dalam talian. Melalui traksasi seumpama (bukan e-bay) pengguna boleh membeli dan membayar melalui talian.

h3 – Setelah bayaran dibuat barangan yang anda pesan tidak sampai dan pengguna tidak dapat mengesan premis perniagaan.

Idea 2 Kafe siber sebagai pusat judi online

h1 – Kemampuan perisian teknologi maklumat memungkin pelbagai program komputer dicipta secara maya tidak terkecuali “program judi” seperti judi kuda dan poker.

h2 – Program-program ini ditingkatkan  sehingga membolehkan pertaruhan wang di seluruh di dunia, contohnya pertaruhan pertandingan bola sepak.

h3 – Serbuan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia membuka mata masyarakat behawa semua golongan terlibat dengan judi online di kafe siber.

Idea 3 Penggodaman laman web atau blog.

h1 – Penggodaman sesuatu laman web bertujuan jahat untuk memintas maklumat, memunahkan opersi blog, mengintip dan kadang-kadang untuk menguji virus siber.

h2 – Misalnya penggodam Pro-WikiLeaks telah membocorkan 250,000 kabel diplomatik di Amerika dan melumpuhkan operasi MasteCard dan Visa.

Idea 4 – jenayah eksploitasi wanita

h1 – Wanita bujang mempunyai tarikan yang sempurna kepada pengguna internet melalui laman sosial.

h2 – Penjayah mengambil kesempatan dengan menyamar menjadi lelaki idaman dengan menghantar gambar-gambar menarik walaupun hakikatnya palsu.

h3 – Melalui fraud e-mail atau web Forgering oleh warga Afrika, ramai wanita yang terpedaya; lapor Polis Bukit Aman.

Idea 5  Lubuk menabur fitnah

h1 – Kemudahan internet digunakan sepenuhnya untuk menulis

cerita-cerita yang  tidak benar tentang kerajaan, pertubuhan dan individu.

h2 – Fitnah ini cepat tersebar dan ditonton diseluruh dunia dan untuk membersihkan nama orang kena fitnah bukan suatu perkara yang mudah, contoh penyebar video lucah, adengan ranjang dan seumpamnya.

h3 – Sememang ada tindakan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi tetapi amat sukar dibuktikan, kalau berjaya pun, ” nasi sudah menjadi bubur ”

Kesimpulan

Sesungguhnya jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana. Sebagai seorang pengguna teknologi maklumat seperti internet, laman sosial dan seumpamanya kita perlu berhati-hati dan jadilah pengguna yang bijak. Jangan dedahkan diri anda untuk menjadi mangsa teknologi siber.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: