Hutan Bandar lawan Pemanasan Global

Tinggalkan komen

Julai 30, 2013 oleh ustazkenali

Contoh Soalan : Pemanasan global adalah isu dunia dan tidak terkecuali negara kita kerana proses perbandaran yang pesat mewujudkan hutan batu yang menyumbang kepada pemanasan global dan  negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar. Bincangkan peranan pokok pada bandar-bandar di Malaysia.

Pendahuluan

h1- Pemanasan yang melampau adalah isu dunia dan negara kita turut mengalaminya.

H2 – Keadaan ini terjadi kerana aktiviti manusia yang mengabaikan alam sekitar dan mementingkan diri sendiri.

H3 – Malaysia melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan pemanasan global seperti mengehadkan pembakaran terbuka.

Idea 1 Kepentingan Hutan bandar

H1 – Pembangunan hutan batu memang penting kerana faktor kawasan tanah yang terhad. Manusia terpaksa membina bangunan-bangunan batu pencakar langit untuk menyelesaikan masalah kependudukan.

H2 – Pancaran cahaya matahari ke atas permukaan batu bangunan-bangunan akan mengahsilkan haba atau pemanasan.

H3 – Untuk mengurang bahang panas itu, pokok-pokok perlu ditanam di bandar.

Idea 2 Pokok mengurangkan penggunaan sumber tenaga elektrik

h1 – Bangunan batu yang tidak ditanam dengan pokok di sekelingnya akan menghasilkan bahang panas pada waktu siang dan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik untuk menyejukkan bangunan.

h2 – Jadi dengan adanya tanaman pokok di sekeliling bangunan, pokok-pokok yang besar dapat memberi teduhan dengan melindungi dari pancaran matahari secara tepat.

h3 – Hasilnya, teduhan tadi akan menyejukan suhu bangunan dan mengurangkan penggunaan alat pendigin hawa dan jimat elektrik

Idea 3 Pokok mengurangkan pencemaran bunyi bising dan kelajuan angin

h1 – Batang dan dedaun pokok berupaya menyerap bunyi bising, menangkap habuk dalam udara dan memecahkan kelajuan angin.

h2 – Keadaan ini dapat membentuk penampan bunyi bising kenderaan di antara jalan raya dengan bangunan. Bahkan mengurangkan kelajuan angin.

Idea 4 Pokok yang banyak menurunkan suhu setempat dan meningkat kualiti udara

h1 – Melalui proses transpirasi dan fotosintesis pokok mampu merendahkan suhu setempat dengan mengurangkan kesan pulau haba.

h2 – Dianggarkan sebatang pokok matang mampu membebaskan sebanyak 1,514 liter air dalam udara dan meningkatkan oksigen dan mengurang karbon dioksida .

h3 – Kedua-dua proses di atas akan merendahkan suhu setempat dan menambah baik kualiti udara.

Idea 5 Pokok melindungi unggas dan kurang kos penyelenggaran bangunan

h1 – Tumbuh-tumbuhan (pokok-pokok) akan menjadi rumah kepada unggas; terutamanya burung dan kelawar di kawasan bandar.

h2 – Ini akan menyelamatkan bangunan dari najis burung dan kelawar kerana kos menyelenggara bangunan sangat tinggi.

h3 – Bahkan dalam musim sejuk tertentu menjadi tempat burung-burung berhijrah dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan.

Kesimpulan

h1 – Manusia tidak dapat lari masalah pemanasan global jika kita hanya mementing diri sendiri dan mengabaikan alam sekitar.

h2 – Ingatlah pembangunan yang mengabaikan alam sekitar tidak bertahan lama dan menuju kemusnahan. Sejukan bumi kita dengan menanam lebih banyak pokok.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2013
M T W T F S S
« Jun   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: