Dasar Luar Negara yang Dinamik

4

Ogos 1, 2013 oleh ustazkenali

Contoh Soalan1. Kepentingan goegrafi antara faktor yang diambil kira oleh Negara Malaysia dalam menentukan dasar luar negara . Namun, faktor-faktor lain juga diberi perhatian dalam hubungan dengan negara-negara luar. Bincangkan.

Pendahuluan

H1 – Kedudukan Malaysia yang strategik di tengah-tengah jalan perdagangan dunia timur dan barat menjadikan  polisi dasar luar negara begitu penting.

H2 – Begitu juga dengan sempadan geografi Malaysia di kelilingi oleh negara jiran ASEAN; seperti Thailand di utara dan Singapura dan Indonesia di selatan.

H3 – Dengan hal demikian, kedudukan negara dari segi geografi menjadi penentu utama dasar luar Malaysia.

Idea 1 Faktor Dalam

H1 –  Adalah menjadi suatu kewajipan kerajaan bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat dan negara daripada ancaman negara-negara lain.

H2 – Malaysia bergantung kepada hubungan perdagangan dengan negara-negara ASEAN dan antarabangsa.

H3 – Justeru itu, kedudukan geografi dan geopolitik strategik menyebabkan dasar luar negara adalah berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi dengan mengambil sikap dasar berkecuali dengan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

Idea 2 Faktor Kepimpinan

H1 – Sejarah negara membuktikan pada awal kemerdekaan, dasar luar Malaysia adalah pro-Barat dan antikomunis.

H2 – Ini kerana Malaysia sangat memerlukan bantuan kewangan dan kententeraan demi keselematan rakyat dan negera yang baru mencapai kemerdekaan.

H3 – Walau bagaimanapun dasar tersebut berubah dari masa ke semasa dengan pemimpin yang silih berganti. Kepimpinan yang dinamik menjadikan dasar luar begitu menyerlah di mata dunia hingga negara kita dihormati dan dijadikan rujukan negara miskin, membangun dan maju.

Idea 3 Faktor Ekonomi

H1 – Untuk menjadikan ekonomi negara kita terus relevan, kegiatan ekonomi berasaskan eksport dan import perlu dijalankan dengan negara-negara luar.

H2 – Tanpa hubungan diplomatik, perdagangan tidak mungkin dijalankan dan ekonomi rakyat dan negara tidak dipacu. Justeru faktor ekonomi penting untuk negara menguruskan dasar luar dengan bijak.

Idea 4 Faktor Keselamatan

H1 – Perlu ditegaskan dasar luar Malaysia adalah mengutamakan keselamatan rakyat dan negara.

H2 – Oleh hal demikian, Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali iaitu tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah negara.

H3 –  Kepimpinan negara mengutamakan rundingan dalam menangani isu-isu keselamatn sempadan. Bahkan Malaysia menjadi “orang tengah”  dalam rundingan di Selatan Mindanao dan Selatan Thailand.

Idea 5 Zon Bebas Senjata Nuklear

H1 – Saranan dasar luar Malaysia menjadi rantau ASEAN  Zon Aman, Bebas dan Berkecuali melalui Deklarasi Kuala Lumpur 1971.

H2 – Malaysia menolak sebarang aktiviti ketenteraan dan pencabulan wilayah berdaulat serta perlumbaan senjata nuklear di rantau ASEAN.

Kesimpulan

H1- Dasar luar negara yang dinamik membolehkan rakyat Malaysia hidup sejahtera dan kemakmuran dikecapi dirantau ASEAN.

H2 – Malaysia mahu mewujudkan hubungan baik dengan semua negara. Doakan negara kita aman, mukmur dan sejahtera sepanjang zaman.

U-KEN 81201310.05pagi

4 thoughts on “Dasar Luar Negara yang Dinamik

  1. sitinasuha berkata:

    kebiasaannya isu dasar luar ini menyentuh mengenai apa?? serantau @ global?

    • ustazkenali berkata:

      Salam. Isu dasar luar negara menyentuh hubungan diplomatik serantau atau ASEAN dan global; Komenwel, NAM, OIC, APEC, Selatan-selatan, Asia Pasifik, Kumpulan Lapan Negara Membangun.
      Isu paling popular kerjasama Asean, peranan Malaysia dalam PBB dan OIC dan Suruhanjaya Selatan-selatan.

  2. Saya adalah pencadang untuk memajukan Bandar Baru Exoticland Paradise dan memerlukan planner akitek serta membuat Feasibilities Stuady yang lebih mantap ke atas cadangan project MEGA yang akan dimajukan di Langkawi-Perlis, Konsep Pembangunan Pelaburan adalah FDI/PFI Malaysia 2nd Home Paradise. Pembangunan yang bermula dari Teluk Apau Tanjung Dagu Langkawi merupakan satu-satunya tempat perainan unik yang dikenali sebagai bandar pelancongan Urban Global Green SMART City Lifestyle dan pembangunan ini menganjur ke tanah brsar di Sg.Bharu Perlis, yang mana terbinanya satu lagi bandar industry FTZ Perlis Settlelight City Indera Kayangan. Di mana diantara dua tempat ini terletaknya pulau buatan reclamation yang di panggil D’daun, yang akan dibena dengan pembangunan berat untuk menjadikan hub Industrial Oil & Gas upstrime dan downstrime hiliran yang berkaitan..
    Contact Hp.+60186680601,
    email: zulhifleems@gmail.com
    Nama: Zul Hif Lee Mohd.Sarip

    • ustazkenali berkata:

      Assalamualaikum Zul, tahniah, tu projek besar. Dan apa yang saya boleh bantu. Cadangan saya apa-apa projek pun titik mula (centre) mesti masjid atau surau…kemudian dari situ bermulalah bagunanan lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2013
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: