DURIAN BELANDA; Ubat Kenser

Tinggalkan komen

September 19, 2013 oleh ustazkenali

Khasiat Durian Belanda: Kekuatan 10,000 Kali Ganda Kemotherapi Rawatan Kanser

Salam semua. Kali ini saya nak menyampaikan khasiat durian belanda. Masih ramai yang tidak tahu akan kelebihannya terutama dalam rawatan atasi kanser. Durian Belanda mempunyai kekuatan 10,000 kali ganda rawatan kanser kemoterapi

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Kajian perubatan moden; kajian kedua-dua universiti di atas mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.

Tips : Untuk menikmati buah durian belanda dengan lebih enak lagi, sejukkan isi buah di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum makan.

Sumber:Pakarhowto.com

Jika sebut durian belanda atau durian sayur seperti yang dipanggil di Kelantan, tentu ramai bebudak sekarang tidak mengenalinya. Maklumlah pokoknya agar sukar untuk ditemui, tidak seperti dulu. Saya masih ingat lagi semasa kecil saya sangat gemar makan durian belanda. Apa taknya ianya ditanam hanya di sekitar rumah saya. Pada saya durian belanda atau durian sayur ini begitu sedap jika dibuat “colek” (bagi yang hampir masak dgn sedikit rasa masam), walau pun ianya boleh dimakan begitu saja jika ia masak ranum.

Jika dulu kita makan tanpa mengetahui apa-apa tentang khasiat sesuatu buah itu. Sekarang apabila ianya semakin berkurangan dan jarang ditemui, barulah timbul pelbagai kajian dan khasiat sesuatu buah tersebut..

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: