Mengantuk, menguap tanda tak sihat

Tinggalkan komen

September 23, 2013 oleh ustazkenali

Kurang melakukan aktiviti fizikal, senaman atau ‘larian kecil’ di samping faktor-faktor lain merupakan  penyebab yang mejejaskan tahap kecergasan atau mewujudkan ‘rasa tidak bertenaga’.  Jelaskan penyataan tersebut.

Pengenalan:

Senaman atau melakukan aktiviti fizikal penting untuk mengekalkan stamina dan tahap kecergasan.  Kegagalan mengekalkan aktiviti fizikal di samping faktor-faktor tertentu bukan sahaja  boleh menjejaskan stamina, malah boleh menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit

Bil. Idea Huraian
1. Kurang aktiviti fizikal / senaman -tidak merangsang aliran darah supaya menjadi lancar kerana lemak dan kolesterol khususnya dalam darah tidak dibakar yang menyebabkan saluran darah tersumbat atau menjadi sempit.-kegagalan darah menghartar oksigen ke otak menjadikan otak tidak ‘cekap’ dan badan tidak cergas-pengumpulan toksik dalam badan juga berlaku sehingga menjejaskan keupayaan saraf yang akhirnya mempengaruhi tahap kecergasan 
2. Pemakanan. -pemakanan yang tidak membekalkan tenaga yang mencukupi dari nutrisi pemakanan menjadikan tubuh gagal berfungsi pada tahap maksimum.-pengambilan karbohidrat yang tinggi dan kadar protein yang rendah juga menyebabkan keletihan.  Karbohidrat merangsang pengaliran serotonin yang berperanan merehatkan badan sekali gus turut menyebabkan rasa mengantuk.  Manakala protein mencegah pengeluaran bahan serotonin yang tidak akan mengganggu tahap kecergasan seseorang.
3. Kekurangan air dalam badan -meningkatkan kepekatan darah, jantung bekerja lebih ketara,  tubuh akan keletihan.-air juga melindungi sendi daripada kecederaan.  Kesan kecederaan menyukarkan pergerakan, membawa kepada pergerakan yang tidak cergas dan sihat.
4. Berlebihan waktu tidur -tidur yang berlebihan mengganggu pusingan biologi badan yang menyebabkan keletihan-tidur berlebihan mengganggu pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan.
5. Mengalami stress / tekanan -tekanan merupakan “reaksi badan yang tidak menentu kepada satu keadaan yang dihadapi”.  Tidak balas yang tidak menentu di luar daripada tahap kecergasan normal seseorang-tekanan yang serius menyebabkan keletihan yang berpanjangan, menjadi seseorang tidak aktif dan sentiasa hendak tidur
6 Kesan pengambilan ubatan -sebahagian ubatan seperti ubat batuk, selesema dan darah tinggi mempunyai kesan sampingan seperti mewujudkan rasa mengantuk dan lemah badan.-kesan ini boleh mempengaruhi pengekalan tingkah laku yang berterusan walaupun tidak lagi mengambil ubatan tersebut
7 Kerehatan mata -dalam keadaan yang kabur, ketegangan otot berlaku kerana mata terpaksa bekerja keras bagi memfokus pada sesuatu objek-pendedahan yang lama kepada cahaya televisyen, komputer juga menjadikan tubuh keletihan atau tidak cergas.
8 Kesan persekitaran -Persekitaran yang sentiasa bising, sibuk, sesak, dan panas menjadi badan cepat letih.-Persekitaran warna yang hambar mendatangkan kesugulan dan keletihan-Suasana yang terlalu terang juga mempercepat keletihan.
9 Tahap kesihatan -tekanan darah rendah dari semasa ke semasa menyebabkan rasa keletihan.  Sindrom keletihan kronik boleh  menyerang mereka yang mengalami tekanan darah rendah dalam tempoh yang lama.-tahap gula yang tinggi dalam darah juga mempengaruhi tahap kecergasan seseorang

Kesimpulan:

Senaman atau melakukan aktiviti fizikal amat penting untuk membina kehidupan yang cergas.  Di samping melakukan senaman, aspek-aspek lain juga amat perlu dijaga demi memastikan taraf kecergasan dan kesihatan sentiasa pada tahap maksima.

Jawapan:  Idea satu wajib dan pilih mana-mana 3 idea lain

Ingat anda hanya perlu menulis 250 -300 patah perkataan. Kalau lebih potong markah dan karangan anda dikira tidak mempunyai kesimpulan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 658,773 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: