Uji Minda Anda 900/1

Tinggalkan komen

September 23, 2013 oleh ustazkenali

SMK. TENGKU LAKSAMANA

JALAN KUALA KEDAH

900/1                                                                   

2 JAM : UJIAN PENGUKUHAN PENGGAL 1

BAHAGIAN A

Arahan : Jawab semua soalan Bahagian A dan Bahagian B dan dua soalan Bahagian C.

1. Yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?

I    Rakyat yang menentukan nasib negera sendiri melalui pilihan raya

II  Negara yang berdaulat dan berwibawa

III Mempunyai pemimpin yang berwibawa

Iv Tidak mempunyai sempadan yang diiktiraf

A I dan II        B I dan III     C II dan IV      D III dan IV

2. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri sebuah negara demokrasi?

I   Amalan memilih pemimpin melalui pilihanraya

II  Mengamalkan pemusatan kuasa oleh kerajaan pusat

III Rakyat mempunyai kebebasan berhimpun dan bersuara

IV Ketua negara ialah seoarang berwibawa

A I dan II         B I dan III      C II dan IV   D III dan IV

3. Yang manakah bukan isi kandungan memorandum wakil Sabah?

 A Tiada agama rasmi di Sabah

B Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi negeri Sabah

C Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar sekolah rendah

 D Bebas mengamalkan budaya kaum masing-masing.

4. Dengan cara yang manakah kewarganegaraan Malaysia diperoleh oleh seorang isteri atau anak yang berumur 15 tahun kepada seorang rakyat Malaysia?

A Permohonan

B Kemasukan Wilayah

C Kuat kuasa undang-undang

D Pendaftaran

5. Seorang rakyat asing yang ingin memperoleh kewarganegaraan  dengan cara masukan mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

I   Berkelakuan baik

II dilahirkan di Malaysia selepas hari merdeka

III  mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Inggeris

IV telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh-tempoh yang dikehendaki

 A I dan II      B I dan IV    C II dan IV    D III dan IV

6. Perintah mahkamah “ habeas corpus “ mempunyai hubungan yang rapat dengan kebebasan asasi  seseorang individu, iaitu

A kesamarataan antara kaum-kaum di Malaysia

B kebebasan bergerak

C membebaskan seseorang daripada tahanan pihak berkuasa

D kebebasan menganuti apa-apa agama

7. Yang manakah hak asasi seseorang  jika dia ditahan atau disyaki melakukan pembunuhan?

I  Hak untuk dibebaskan melalui jaminan

II  Hak untuk membuat rayuan

III Hak untuk mendapatkan pembelaan dengan melantik seorang peguam

IV Hak untuk mengetahui kesalahannya

A I  dan II     B II dan III     C I  dan IV     D III dan IV

8. Satu dokkumen yang dikeluarkan  oleh mahkamah bagi memerintahkan pihak dituduh atau  pembela supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang ditetapkan dikenali sebagai

A  writ/saman      B sapina        C injuksi     D surat guaman

9. Siapakah yang menjadi penasihat kepada Sultan atau Yang Dipertua Negeri dalam pentadbiran Kerajaan Negeri?

A Penasihat Undang-undang Negeri

B Menteri Besar atau Ketua Menteri

C Setiausaha Kerajaan Negeri

D Majlis Bandaraya

10. Kekosongan kerusi di Parlimen akan diistiharkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya apabila seseorang ahli parlimen hilang kelayakannya, meninggal dunia atau berhenti menjadi ahli. Kekosongan kerusi tersebut perlu diisi dalam tempoh

A 90 hari   B 120 hari   C 150 hari   D 180 hari

11. Sesuatu undang-undang hanya boleh berkuat kuasa apabila

A diluluskan oleh Dewan Negara

B dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat

C diwartakan sebagai warta kerajaan

D diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

12.  * Jabatan Perangkaan

       * Jabatan Audit Negara

Agensi-agensi di atas terletak di bawah bidang kuasa

A Jabatan Perdana Menteri

B Kementerian Kewangan

C Perbendaharaan Negara

D Kementerian Sumber Manusia

13. Jabatan-jabatan yang berikut terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri kecuali

A Jabatan Penjara  B Polis Diraja Malaysia C Jabatan Kastam dan Eksais Diraja D Pemadam

14. Yang manakah merupakan badan tidak berkanun Persekutuan?

A Petronas Berhad

B Bank Negara Malaysia

C Majlis Amanah Rakyat

D Universiti Kebangsaan Malaysia

15. Yang manakah antara badan yang benar tentang fungsi Majlis Tanah Negara?

A Meluluskan undang-undang tanah

B Menyelaras dan menyeragamkan hasil pungutan cukai tanah

C Meluluskan pertukaran status penggunaan tanah

D Menyelaraskan dasar penggunaan tanah di seluruh Persekutuan

Bahagian B ( 15 markah )

Jawab semua soalan

1. Senaraikan empat sumber kewangan Kerajaan Persekutuan   ( 4 markah )

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

2. Nyatakan 3 syarat untuk menjadi calon pilihan raya. ( 3 markah )

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

3. Nyatakan dua bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan ( 3 markah )

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

4. Beri 2  prinsip tadbir urus yang baik ( 5 markah )

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

Bahagian C ( 50 markah )

Pilih dua daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

1. Penangkapan seramai 1560 “keldai dadah” antarabangsa sejak 1991 di luar negara sangat membimbangkan semua pihak. Huraikan kesan menjadi  “ keldai dadah” dan langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

2. Bincangkan kepentingan dan langkah-langkah untuk membangunkan modal Insan.

3. Konsep 1 Malaysia yang menekankan “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, menjadi teras utama membangunkan masyarakat dan negara. Jelaskan bagaimana konsep tersebut dapat digunakan untuk membangunkan masyarakat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: