Karangan Pilihan: Integrasi Nasional

Tinggalkan komen

September 28, 2013 oleh ustazkenali

Usaha menggalakkan integrasi nasional di antara rakyat berbilang kaum yang berlainan bangsa, budaya, agama dan adat resam sememangnya sukar. Insiden ’kampung medan’ memperlihatkan cabaran baru untuk kerajaan mewujudkan integrasi nasional.

Integrasi nasional dapat digalakkan melalui integrasi politik. Ini boleh dilakukan menerusi pembentukan kerajaan campuran. Misalnya ,teraju pemerintahan Malaysia dipegang oleh Barisan Nasional yang merupakan gabungan 15 parti komponen. Di bawah sistem ini, pelbagai kaum diberi kuasa  dan hak mentadbir negara atau negeri melalui perkongsian kuasa. Kabinet dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mempunyai ahli daripada pelbagai keturunan seperti Melayu, India, Cina dan Kadazan. Kebajikan dan masalah pelbagai kaum juga disuarakan melalui wakil masing-masing dalam pucuk pimpinan kerajaan.

Selanjutnya, sistem pendidikan yang seragam dapat menjamin integrasi nasional. Akta Pelajaran 1961 telah menyeragamkan kurikulum sekolah vernakular, peperiksaan awam dan aktiviti kokurikulum. Guru pelbagai kaum dihantar ke pelbagai sekolah aliran mengajar supaya guru-guru berpeluang berinteraksi di antara satu sama lain. Dengan ini, penubuhan Sekolah Wawasan adalah langkah bijak dalam menggalakkan interaksi di antara  pelbagai kaum.Kerajaan juga sewajarnya mengambil inisiatif mengurangkan polarisasi kaum di IPTA melalui perkongsian bilik asrama dan penyertaan kelab perpaduan. Hal ini kerana integrasi nasional perlu dipupuk di kalangan generasi akan datang.

Selain itu, program intraksi wilayah dapat memupuk integrasi nasional. Langkah-langkah patut diambil untuk mengeratkan hubungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Langkah seperti mengekalkan tambang kapalterbang, memajukan sistem tele komunikasi, penyiaran Segmen Sabah dan Sarawak oleh RTM 1, program pertukaran awam dan promosi cuti-cuti Malaysia boleh memperatkan dan meningkatkan persefahaman di antara rakyat dari dua kawasan ini. Semangat kekitaan dan nasionalisme dapat dipertingkatkan dalam kalangan rakyat. Rakyat dari dua kawasan harus saling faham memahami kepercayaan dan adat resam masing-masing untuk menangkis syak wasangka.

Di samping itu, interaksi sosial dapat memupuk integrasi nasional dalam masyarakat Malaysia. Program kemasyarakatan seperti rukun tetangga, gotong-royong dan hari keluarga boleh memupuk semangat kejiranan. Hubungan mesra di antara jiran tanpa mengira kaum boleh mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat. Rakyat dari pelbagai keturunan turut menyambut perayaan bersama-sama seperti Tahun Baru Cina,Hari Raya Puasa, dan Deepavali. Penganjuran rumah terbuka pada musim perayaan boleh menjalinkan hubungan baik sesama kaum. Penglibatan semua rakyat dalam temasya SUKMA boleh mewujudkan semangat setiakawan dan perpaduan.

Dasar-dasar kerajaan seperti dasar ekonomi penting dalam menghapuskan jurang antara kaum. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) yang berteraskan konsep pembasmian kemiskinan  tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat telah menghapuskan pengenalan kaum mengikut pekerjaaan. Prasangka sesama kaun telah dikurangkan berikutan jurang ekonomi di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Taraf sosial dan ekonomi pelbagai kaum telah hampir disamaratakan oleh usaha kerajaan.

Kesimpulannya, Integrasi nasional penting untuk menjamin kestabilan negara.Oleh sebab itu, perpaduan merupakan salah satu cabaran dalam merealisasikan impian Wawasan 2020 suasana harmoni masyarakat kita telah menjadi teladan negara lain yang berbilang kaum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2013
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: