Makluman :Urus sisa pepejal

Tinggalkan komen

Oktober 3, 2013 oleh ustazkenali

Mengurus sisa pepejal

Mengikut bancian Jabatan Perangkaan Malaysia (2009) populasi penduduk Malaysia meningkat daripada 6 278 000 orang pada tahun 1957 kepada 27 729 000 orang pada tahun 2008 mengikut perangkaan terbaru. 2013 Dah Hampir 30 juta.

Seiring dengan peningkatan penduduk, masalah pembuangan dan pencemaran sisa pepejal seperti polisterin dan beg plastik semakin rumit.

Menurut pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tengku Nuraiti Tengku Izhar, secara purata setiap individu negara ini menghasilkan di antara 0.5 dan 0.8 kilogram sampah setiap hari bergantung kepada ekonomi dan faktor geografi sesuatu kawasan.

Oleh itu, penduduk Malaysia menghasilkan 7.6 juta tan sampah setahun. Daripada jumlah itu, 45 peratus sisa buangan adalah berupa bahan makanan, 24 peratus bahan plastik manakala yang selebihnya adalah bahan yang selain keduanya.

Apakah peranan kita berdepan dengan masalah pengurusan sisa pepejal dan pencemaran plastik?. Antaranya adalah

* Kitar semula (recycle). Dengan recycling kita boleh

a. Menjimatkan sumber semula jadi

b. Menjimatkan tenaga

c. Menyegarkan udara dan air bersih

d. Menjimatkan wang dan menjana pekerjaan

e. Menjimatkan ruang untuk tapak pelupusan sampah

* Mengurangkan dan menggunakan semula (reduce and reuse). Pelbagai cara boleh dilakukan. Antaranya ialah:

a. Tiada beg percuma di pasar raya sebaliknya menggunakan beg kanvas guna semula

b. Menggalakkan penggunaan semula cecair pembersih

c. Menyemak semula teks pada komputer sebelum mencetaknya

d. Memilih produk yang menggunakan kaedah pembungkusan

e. Membeli lebih banyak produk yang boleh diguna semula

f. Menggunakan semula products

g. Membeli produk berkualiti dan menyimpannya untuk jangka panjang

h. Mendera atau menjual produk daripada membuangnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Impak_Alam/20120611/al_02/Mengurus-sisa-pepejal#ixzz2ggnqf9Zb
© Utusan Melayu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: