Tolak ansur rakyat asas kejayaan negara harungi cabaran

Tinggalkan komen

Oktober 13, 2013 oleh ustazkenali

Orang Melayu yang selalu bertolak ansur sehingga kaum-kaum lain boleh hidup mewah dan senang. Kalaulah kita keluar negara seperti Thailand, Korea, Jepun dan Perancis…tengok ( lihat ) aspek bahasa sahaja betapa bahasa mereka begitu dominan tetapi kalau di Malaysia…peminpin Melayu kalut nak bercakap bahasa Inggeris kerana ingin menghormati kaum-kaum lain dan wartawan antarabangsa. Sepatutnya cakaplah bahasa Melayu…biarlah orang lain cuba memahami dan mempelajari bahasa Melayu kita.

Sikap bertolak ansur dan sedia menerima perbezaan antara satu sama lain serta berkongsi kuasa pemerintahan membolehkan rakyat negara ini mengharungi pelbagai cabaran sejak lebih 50 tahun yang lalu. Tanpa segala sifat murni berkenaan adalah mustahil untuk negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, seterusnya menjadi asas penyatuan yang lebih besar bagi membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

“Walaupun negara kita dipisahkan oleh Laut China Selatan, tetapi kita berjaya membuktikan bahawa penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak mampu untuk bersatu di bawah satu bendera dan satu wawasan yang sama tanpa menidakkan hak-hak yang sepatutnya antara satu sama lain.

Kita seharusnya meletakkan satu rasa kebanggaan yang tinggi dalam diri kerana kita merupakan rakyat negara Malaysia yang dibina berdasarkan rasa setiakawan dan keinginan untuk sama-sama hidup dalam sebuah negara berdaulat. Hasil sikap toleransi dan saling hormat menghormati antara kaum membolehkan rakyat terus bergerak ke hadapan membina sebuah negara yang aman damai sehingga ke hari ini.

Tanpa perpaduan dalam kalangan pemimpin  dan rakyat berbilang kaum di negara ini, tidak mungkin apa yang kita ada pada hari ini menjadi kenyataan.Seharusnya kita bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi pada hari ini agar apa yang kita nikmati hari ini dapat dikekalkan untuk memastikan kelangsungan sebuah negara yang stabil dan bersatu-padu di masa hadapan.

Pembinaan sebuah negara bangsa seperti Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah kerana negara ini merupakan negara yang dipenuhi dengan kepelbagaian yang kadang-kala agak sukar untuk difahami tanpa adanya sikap keterbukaan antara kita. Jelasnya, perbezaan dan kepelbagaian inilah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di Asia sehingga menarik ramai pelancong luar untuk hadir setiap tahun.


Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130923/dn_14/Tolak-ansur-rakyat-asas-kejayaan-negara-harungi-cabaran#ixzz2hcOLfQKU
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: