Soalan Ramalan Bahagian C 900/1 2013

Tinggalkan komen

Oktober 28, 2013 oleh ustazkenali

Soalan Ramalan Bahagian C 900/1 2013

1. Integriti Nasional sangat penting kepada negara Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya namun begitu terdapat pelbagai halangan yang perlu diharungi. Jelaskan.

Pendahuluan

– Wawasan 2020 telah menggariskan integriti nasional penting untuk membentuk sebuah masyarakat  yang kukuh moral dan etikanya bertunjangkan agama dan budi pekerti yang luhur.

– Kemajuan kebendaan tidak mampu mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara jika rakyat Malaysia suka bercakaran sesama sendiri, rasuah dan tidak bermoral.

Idea A Kepetingan Integriti Nasional

Idea A1 – Integriti nasional  penting menentukan hala tuju kepada sektor awam dan swasta dalam mengurus dan mentadbir negara dengan cekap.

H1 – Kemakmuran negara ditentukan oleh bagaimana pelbagai sumber kekayaan negara diurus dengan cekap dan betul  untuk mengelakkan ketirisan. Contohnya amalan rasuah akan menyebabkan sistem penyampaian kerajaan gagal mencapai sasaran pembangunan negara.

H2 – Seorang penjawat awam yang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit dan mengancam keselamatan negara dan rakyat. Penyelewengan subsidi baja, petrol, diesel dan barangan makanan menyebabkan negara menanggung beban kewangan yang besar.

Idea A2 Menggalakan sikap bertanggunjawab, jujur, amanah dan setia kepada negara.

H1 – Sebagai sebuah negara demokrasi, maju atau mundur negara tersebut ditentukan oleh kerjasama di antara pemerintah dengan rakyat.

H2 – Pemerintah yang bertanggungjawab sentiasa mengambil kira keselamatan rakyat, bahkan rakyat didahulukan.  Seorang warganegara yang baik akan melaporkan apa-apa aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan komunitinya.

 Idea B Cabaran atau halangan dalam mewujudkan integriti nasional

B 1 Sikap seseorang individu yang tidak bertanggungjawab diri, keluarga, masyarakat dan negara

H1 – Sikap seseorang individu merupakan halangan utama mewujudkan integriti nasional kerana pandangan “ wang “  adalah segala-galanya menyebabkan maruah diri dan negara digadai  seperti pecah amanah kerap berlaku hari ini.

H2 – Individu yang tidak terdidik dan tidak mengamalkan agama menjadi titik mula kehancuran keamanan negara.

B2 Halangan sistem dan prosedur perkhidmatan kerajaan

H1 – Ada penjawat awam kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam. Misalnya kelemahan dan sistem tender tertutup dan kronisme.

H2 – Keadaan ini diburukan lagi dengan penguatkusaan undang-undang secara terpilih, kurang pemantauan dan keupayaan sumber yang terhad. Contoh harga barang keperluan pada musim perayaan sahaja.

B3  Halangan kepimpinan

H1 Kepimpinan yang lemah iltizamnya dan tidak berwawasan akan menyebabkan integriti sesebuah organisasi tidak dinamik.

H1 – Kementerian Dalam Negeri misalnya tidak begitu cergas sebelum ini, tetapi berubah dengan dinamik di bawah kepimpinan Datuk Zahid Hamidi dalam usaha membenteras jenayah.

Kesimpulannya,

H1 – membina negara bangsa yang berdaulat adalah usaha berterusan dan memerlukan komitmen semua pihak. Faktor kempinan negara yang dinamik dan berwawasan adalah tidak mustahil wawasan 2020 akan dicapai seperti dihasratkan.

Sila ubah suai menjadi 350 patah perkataan sahaja.

U-KEN 271013

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: