Ramalan 900/1 Soalan No 1 Sahaja 2013

Tinggalkan komen

Oktober 30, 2013 oleh ustazkenali

1. Nyatakan tiga ciri asas sesebuah negara yang berdaulat.

i.

ii.

iii.

Jawapan

i. Mempunyai penduduk tetap.

ii. Mempunyai kawasan sempadan tertentu ( jelas ).

iii. Mempunyai sebuah kerajaan yang sah.

 

1. Senaraikan tiga peranan sebuah kerajaan berdaulat.

i.

ii.

iii.

Jawapan

i. Menjalankan tadbir urus negara dengan cekap dan berkesan.

ii. Memastikan hak asasi penduduk terjamin dan terpelihara.

iii. Mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.

 

1. Nyatakan tiga sebab penubuhan Persekutuan Malaysia

i.

ii.

iii.

Jawapan

i. Memastikan keselamatan negara Malaysia terus terpelihara dan bebas daripada ancaman gerakan komunis.

ii. Mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan negara.

iii. Untuk menjamin kemajuan ekonomi negeri-negeri dalam persekutuan.

iv. Untuk mengimbangi penduduk asal dengan kaum pendatang ( tambahan ).

 

1. Senaraikan tiga bentuk kebebasan yang diberikan dalam kebebasan diri.

i.

ii.

iii.

Jawapan

i. Seseorang indiividu tidak boleh ditahan lebih daripada 24 jam kecuali dengan perintah mahkamah.

ii. Tiada warganegara yang sewenang-wenangnya diambil nyawanya kecuali dengan menurut undang-undang.

iii. Jika seseorang individu ditangkap atau ditahan oleh pihak berkuasa, individu tersebut hendaklah diberitahu sebab ditahan dan diberi peluang untuk membela diri di mahkamah ( khidmat peguam ).

 

1. Senaraikan tiga perkara yang boleh menyebabkan seseorang warganegara secara masukan boleh dilucutkan kerakyatannya.

i.

ii.

iii.

Jawapan

i. Tidak taat dan setia kepada Persekutuan atau Yang di-Pertuan Agong (negara Malaysia )

ii. Didapati melakukan penipuan semasa proses memohon kewarganegaraan Malaysia.

iii. Telah berhubung atau berniaga dengan pihak musuh negara semasa peperangan.

iv. Telah dipenjara lebih daripada 12 bulan atau didenda melebihi RM5,000.00 setelah menjadi warganegara Malaysia tidak melebihi 5 tahun.

 

1. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dan lambang kedaulatan negara Malaysia. Nyatakan dua kuasa budi bicara Baginda.

i.

ii.

iii.

Jawapan

i.  Melantik Perdana Menteri,

ii. Memperkenan atau tidak permohonan pembubaran Parlimen

iii. Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja.

 

1. Senaraikan dua peranan Yang di-Pertuan Agong dalam Badan Perundangan.

i.

ii.

Jawapan

i.  Memanggil parlimen bersidang untuk masa tertentu.

ii. Menangguhkan dan membubarkan Parlimen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: