Racun Dan Kesan Ke atas Alam Sekitar

Tinggalkan komen

Januari 20, 2014 oleh ustazkenali

Kajian penggunaan racun serangga, impak alam sekitar diperkasa

Posted on October 2, 2013, Wednesday

KUCHING: Kerajaan menerusi Jabatan Pertanian Negeri (JPN) akan memperkasakan penyelidikan mengenai penggunaan racun serangga dalam sektor pertanian dan impaknya terhadap alam sekitar.

Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, penyelidikan penting untuk memastikan produk makanan berasaskan tani selamat serta amalan pemodenan pertanian dilaksanakan secara lestari.

Menurut beliau, kajian terhadap sisa racun serangga pada tanaman dan alam sekitar adalah untuk mengumpul maklumat saintifik mencukupi mengenai reaksi atau tindak balas racun serangga terhadap hasil tanaman dan alam sekitar.

Beliau menambah, ia bagi melindungi buah-buahan, beras dan sayuran yang dihasilkan untuk kegunaan tempatan dan dieksport ke luar negara.

“Menerusi sokongan kementerian saya, kita telah berjaya memperolehi peralatan moden dan canggih iaitu ‘Gas Chromatography-Mass Spectrometer’ atau GC-MS bernilai RM600,000.

“Peralatan ini kini digunakan sepenuhnya di Pusat Penyelidikan Pertanian Semonggok bagi pengesahan dan pengesahan racun serangga serta produk lain yang dihasilkan daripadanya,” kata beliau ketika merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Penyelidikan JPN Sarawak 2013 di sini, semalam.

Jabu yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar berkata, JPN dijangka mendapat peralatan baharu seterusnya dikenali ‘Liquid Chromatograh-Mass Spectrometer’ (LC-MS) bernilai RM1.5 juta di bawah Dana Pembangunan Persekutuan pada tahun depan.

Peralatan itu, jelasnya, akan membolehkan pegawai penyelidikan pertanian melakukan pengesanan dan penyelidikan terhadap kulat dan racun dalam tanaman serta alam sekitar.

“Saya amat bangga kerana penemuan penyelidikan terhadap racun serangga dalam tanaman dan tanah yang dilakukan oleh Bahagian Penyelidikan JPN kini digunakan sebagai rujukan oleh saintis di seluruh dunia.

“Kaedah-kaedah analisis baharu khas untuk sayuran, buahan, tanah dan lada hitam kini juga digunakan oleh makmal-makmal di Malaysia serta tempat lain,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, enam daripada 46 stesen pertanian baharu yang dirancang dibina di kawasan luar bandar negeri ini akan mula beroperasi pada tahun depan, antaranya Tekajung (Pulau Bruit), Tunoh Kapit, Nanga Engkuah Song Katibas, Entabai Pakan dan Nanga Lawih.

Beliau berkata, penubuhan stesen itu penting bagi membolehkan pegawai penyelidikan menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara lebih efektif terhadap buah-buahan, ikan, tumbuhan asli serta herba yang terdapat di kawasan luar bandar.

Menerusi penyelidikan dan pembangunan itu, katanya, potensi ekonomi berasaskan pertanian di kawasan terbabit dapat diperkembang, sekali gus meningkatkan pendapatan ekonomi petani setempat.

Pada masa sama, beliau mahu pegawai penyelidikan pertanian melakukan penyelidikan terhadap potensi tanah pertanian di kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Penyelidikan itu penting, katanya, bagi mengetahui jenis tanaman yang sesuai ditanam di kawasan SCORE pada masa akan datang.

Pada majlis sama juga, Jabu diberi penghormatan melancarkan buku ‘Edible Wild Plants in Sarawak.’

Buku yang dicetak semula pada tahun 2010 selepas diterbitkan pada 1980-an mengandungi gambar-gambar dan resepi baharu termasuk 111 spesies yang terdapat dalam Edisi Ketiga ‘Wild Fruits And Vegetables in Sarawak.’

Manakala tambahan 41 spesies lain terdiri daripada cendawan dan tumbuhan herba.

Hadir sama Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datu Dr Ngenang Janggu dan Pengarah JPN Lai Kui Fong.


Read more:
http://www.theborneopost.com/2013/10/02/kajian-penggunaan-racun-serangga-impak-alam-sekitar-diperkasa/#ixzz2pjad45Ug

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2014
M T W T F S S
« Nov   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: