6P

Tinggalkan komen

April 17, 2014 oleh ustazkenali

Program 6P
Program 6P ini melibatkan enam peringkat iaitu PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.

1. Peringkat pertama iaitu PENDAFTARAN dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan PATI di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.
2. Peringkat kedua adalah PEMUTIHAN iaitu proses yang berfungsi untuk menyaring setiap PATI yang berdaftar menerusi program ini dan seterusnya mengenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.
3. Seterusnya ialah peringkat ketiga iaitu PENGAMPUNAN di mana PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.
4. Peringkat keempat ialah PEMANTAUAN yang akan dilaksanakan sebelum operasi penguatkuasaan bersepadu terhadap PATI dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh Negara. Inisiatif ini akan digerakkan menerusi naziran ke premis-premis majikan untuk memberi nasihat selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.
5. Peringkat kelima iaitu PENGUATKUASAAN adalah peringkat di mana satu operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.
6. Peringkat keenam dan terakhir adalah PENGUSIRAN PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu bagi dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.
Peringkat pertama Program 6P iaitu Pendaftaran akan mula dilaksanakan berkuatkuasa pada 11 Julai 2011. Susulan daripada itu, Kerajaan akan melantik sejumlah syarikat dan persatuan pengurus sebagai ejen pelaksana. Pelantikan akan dibuat melalui penilaian terhadap syarikat-syarikat yang telah memohon secara rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagaimana iklan tawaran yang dipaparkan di laman sesawang KDN pada 7 hingga 10 Jun 2011. Pemilihan syarikat dan persatuan yang akan bertindak sebagai ‘Syarikat Pengurus’ ini diputuskan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai 17 wakil daripada pelbagai bahagian di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pemilihan dibuat berdasarkan syarat serta kriteria yang telah ditetapkan. Sehingga tarikh akhir iklannya dibuka kepada umum, sejumlah 1,390 permohonan diterima. Syarikat serta persatuan yang berjaya akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan akan diberikan sijil pelantikan khas yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan khusus untuk berfungsi sebagai bukti syarikat tersebut dilantik Kerajaan sebagai ejen sah bagi pelaksanaan 6P.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

April 2014
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: