Karangan Pilihan: Program Transformasi Kerajaan

Tinggalkan komen

April 30, 2014 oleh ustazkenali

Karangan Pilihan : Langkah-langkah yang sesuai untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 melalui Program Transformasi Ekonomi ( GTP)
Nur Izzaty bin Azahar SMK Tengku Laksamana

Model Ekonomi Baru ( MBE) merupakan satu program Transformasi Kerajaan Malaysia ( GTP) dalam usaha kerajaan memantapkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Pelbagai langkah sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai cita-cata tersebut.

Antara program yang dilaksanakan ialah dengan meningkatkan taraf pendidikan sumber tenaga manusia (kerja) di Malaysia. Melalui penambahbaikan sistem pendidikan, sumber tenaga kerja mahir boleh ditingkatkan daripada 30 peratus pada masa sekarang kepada 60 peratus menjelang tahun 2020. Melalui GTP, bilangan sekolah vokasional, sekolah teknik, politeknik dan pengajian lanjutan bakal ditambah dua kali ganda. Latihan dan kursus kemahiran secara berterusan mampu menjana pendapatan tambahan, contohnya memlalui reka cipta dan inovasi teknologi. Tuntasnya, dengan penambahbaikan system pendidkan sedia ada mampu meningkatkan pendapatan negara.

Seterusnya, penggunaan sumber ekonomi yang berdaya saing. Sumber atau modal ekonomi bukan dalam bentuk wang, tanah dan ushawan sahaja tetapi kebolehan dalam menguasai dan memanipulasi maklumat melalui media baharu intranet dan internet. Hal ini akan akan melauskan pasaran dan bersaing dalam pasaran ekonomi global seperti kejayaan dicapai PETRONAS. Peningkatan ketara dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) contohnya dengan ujuran pertumbuhan ekonomi lima peratus setahun secara mapan adalah tidak mustahil negara ini akan menjadi negara maju. Tegasnya, tidak ada yang mustahil untuk mencapai matlamat wawasan 2020.

Selain itu, usaha-usaha drastik kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing sangat-sangat dialu-alukan. Menjelang tahun 2015, hanya buruh mahir asing akan diberi keutamaan untuk bekerja di Malaysia. Contohnya syarikat-syarikat korporat dan kilang-kilang yang beroperasi di Malaysia wajib mengutamakan rakyat tempatan. Sesungguhnya, hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan rakyat tetapi mengurangkan masalah sosial yang ditimbulkan oleh pekerja-pekerja asing.

Di samping itu, langkah-langkah drastik Kementerian Dalam Negeri untuk mengurangkan jenayah melalui Strategi Lautan Biru menampakkan kesan yang ketara. Kerjasama erat antara Pasukan Polis dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang membolehkan sesuatu kes jenayah ditangani dengan cekap dan cepat. Contohnya program Bandar Selamat dan Program Pemutihan 6P perlu diteruskan sehingga objektifnya tercapai. Yakinlah, matlamat Wawasan 2020 boleh dicapai.

Akhir sekali, kompetensi sistem penyampaian kerajaan perlu kepada penambahbaikan. Pemerkasaan model pembangunan insan melalui latihan kemahiran berterusan dalam kalangan penjawat awam mampu meningkatkan mutu sistem penyampaian kerajaan. Contohnya mengurangkan ketirisan dalam Perkhidmatan Awam. Tegasnya, rasuah dan penyelewengan dalam kalangan penjawat awam disifarkan

Kesimpulannya, Program Transformasi Kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan telah meletakkan negara Malaysia dilandasan yang betul dan matlamat untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 boleh dicapai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

April 2014
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: