Apa itu Goods Services Tax @ GST?

Tinggalkan komen

Mei 6, 2014 oleh ustazkenali

GST adalah cukai yang dikenakan bagi setiap urusniaga. Urusniaga adalah sebarang pertukaran barang atau perkhidmatan di antara pihak atau lebih sama ada melibatkan pertukaran wang ataupun tidak.

Draf Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2009, Fasal 9 Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Setiap urusan jual atau beli barangan atau perkhidmatan dikenakan cukai 6 peratus.

Antara barangan yang tidak dikenalan cukai ( barangan makanan asas ) ialah beras, tepung, minyak masak, gula,garam, rempah ratus, kacang dhal,ikan masin, budu, cencalok dan belacan. Selain itu dikenakan cukai. Perkhidmatan pengangkutan bas, keretapi, LRT, feri, bot tambang, tol, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan pelajaran, air (paip) dan elektrik 200 unit pertama penggunaan domestik.

SELAIN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN DI ATAS DIKENAKAN CUKAI.

Kenapa GST DIPERKENALKAN ?

Kerajaan malaysia berpandangan GST dilaksanakan: Kebanyakan negara di dunia telah melaksanakan GST atau  VAT (Value Added Tax)  kerana tidak berpuas hati dengan struktur cukai penggunaan mereka. Ketidakpuasan ini adalah salah satu atau kesemua perkara-perkara berikut:

a. Cukai kepenggunaan dalam bentuk cukai jualan yang sedia ada tidak memuaskan;

b. permintaan untuk mengurangkan kadar cukai lain atau sistem cukai sedia da tidak seiring dengan pembagunan ekonomi.

GST merupakan sebahagian daripada program penyusunan semula cukai oleh kerajaan ke arah menjadikan sistem percukaian lebih cekap, berkesan, telus, mesra perniagaan dan berupaya menjana hasil yang stabil. GST akan menggantikan cukai penggunaan semasa yang terdiri daripada SST.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan, GST boleh mengatasi pelbagai kelemahan yang wujud di bawah SST iaitu

i. cukai bertindih

ii. isu pindahan harga dan pindahan nilai,

iii. tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport.

iv. tidak menggunakan integrasi menegak; dan kerenah birokrasi.

Kesimpulannya:

1. Untuk menambah baik sistem percukaian di Malaysia dan akan dilaksanakan mulai 1 April 2015.

2. Mewujudkan sistem percukaian yang lebih menyeluruh dan lebih baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mei 2014
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: