Karangan Pilihan P.am 900/2 19/5/14

Tinggalkan komen

Mei 12, 2014 oleh ustazkenali

oleh Mary Kua li li SMK Tengku Laksamana

Soalan : Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST ) memberi faedah kepada rakyat walaupun terdapat tanggapan sebaliknya. Jelaskan.

        Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST ) sebanyak 6 peratus mulai 1 April 2015 akan memberi pelbagai faedah kepada rakyat. Pelaksanaan ini menggantikan cukai lama atau SST sebanyak 16 peratus yang membebankan rakyat.

        Antara faedah yang akan diperolehi oleh rakyat ialah berhemat dalam berbelanja kerana dalam GST semua urusniaga dikenakan cukai. Jadi, rakyat tentunya merancang perbelanjaan harian dengan membeli barangan (barang-barang dan perkhidmatan) yang diperlukan sahaja. contohnya, ini memberi kesan kepada indeks harga pengguna dan mengawal pembelian barangan mewah. Sesungguhnya pengenalan GST akan memastikan rakyat berhemat dalam berbelanja.

     Kerajaan malaysia berpandangan, GST telah dilaksanakan di kebanyakan negara di dunia dan patut dilaksanakan juga di negara kita. SST atau VAT (Value Added Tax) yang dilaksanakan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan struktur cukai penggunaan yang melebihi 16 peratus. Tegasnya, sistem cukai sedia tidak seiring dengan pembagunan ekonomi.

   GST merupakan sebahagian daripada program penyusunan semula cukai oleh kerajaan ke arah menjadikan sistem percukaian yang lebih cekap, mesra perniagaan dan menjana hasil yang stabil. Contohnya, kajian Kementerian Kewangan menunjukkan, GST boleh mengatasi pelbagai kelemahan seperti cukai bertindih dan isu pindahan harga dan pindahan nilai.

       Seterusnya, pengecualian cukai GST ke atas barangan perlu. Antara barangan yang tidak dikenakan cukai ialah makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, gula, garam, rempah ratus, kacang dhal, ikan masin, budu, cincalok, belacan, dan beberapa perkhidmatan terpilih. Ingat, selain itu dikenakan cukai.
Walau bagaimanapun sistem percukaian GST  akan dilaksanakan ada kelemahannya, seperti pengilang dan pengusaha akan menaikkan harga barangan. Lazimnya penguatkuasaan yang lemah menyebabkan berlaku ketirisan. Tetapi ingatlah, kerajaan ada mekanisme tertentu untuk membantu rakyat seperti BRIM, PRIMA dan Voucher IM.

   Kesimpulannya, GST adalah suatu usaha untuk menambah baik sistem percukaian di Malaysia dan akan mewujudkan sistem percukaian yang lebih menyeluruh dan lebih baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mei 2014
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: