Karangan Pilihan STPM 900/2 19/5/14

Tinggalkan komen

Mei 12, 2014 oleh ustazkenali

0leh Noor Izyan Binti Mohd Naser SMK Tengku Laksamana

Soalan: Pembangunan yang tidak terkawal akan membawa kesan negatif dan akan menjejaskan sumber air negara. Bincangkan punca-punca terjadinya hal demikian dan cadangkan langkah-langkah mengatasi.

         Secara umumnya, negara kita mempunyai banyak sumber air namun bekalan air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaannya semakin meningkat. Pastinya, tentu terdapat punca-punca terjadinya hal demikian dan memerlukan langkah-langkah untuk mengatasinya.

         Sumber air negara terjejas teruk disebabkan pembagunan yang tidak terkawal. Tindakan menimbus saliran air dan penebangan pokok ( hutan ) untuk tujuan pembangunan menyebabkan kawasan tadahan air hilang. Keadaan menjadi buruk lagi dengan pembangunan kawasan tanah tinggi. Contoh yang jelas pembangunan di negeri Selangor. Tegasnya, bahawa kehilangan hutan bermakna hilangnya sumber air bukan kekurangan empangan.

       Keadaan di atas diburukkan lagi dengan kegiatan pembalakan tidak terkawal. Kegiatan ini menyebabkan hutan kekal, hutan simpan dan hutan dara diteroka dengan rakus. Pemukaan tanah yang gondol memungkin hakisan berlaku. Sungai, paya, tasik dipenuhi keladak dan menjadi cetek. Ini bermakna kuantiti air akan berkurangan. Sesungguhnya, kita benar-benar terdesak jika keadaan ini berterusan.

        Di samping itu, pembangunan yang tidak terkawal juga menyebabkan pengurusan sisa buangan tidak diurus secara sistematik. Sikap ambil mudah pengusaha kilang dan industri menyalurkan sisa buangan ke saliran air seperti su ngai, paya dan tasik menyebabkan kualiti air terjejas dengan teruk. Sikap masyarakat yang suka membuang sampah ke dalam sungai memburukkan lagi keadaan. Sesungguhnya, kos merawat air yang tercemar sangat tinggi dan menjejaskan bekalannya kepada pengguna.

      Pada dasarnya, pelbagai langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Rancangan pembangunan negara perlu mesra alam dan kepada penilaian alam sekitar menjadi suatu keutamaan. Tindakan penebangan perlu diganti dengan penanaman hutan, pemuliharaan habitat perlu dilakukan. Tuntasnya, Kawasan tadahan hujan  perlu diwartakan, contonya Hutan Belum.

        Akhir kalam, kerajaan perlu mengawal aktiviti pembangunan, rangcangan Malaysia seterusnya perlu bertumpu kepada pembangunan lestari dan hijau. Pendidikan alam sekitar bukan untuk pelajar-pelajar sekolah tetapi untuk semua rakyat Malaysia. Contoh pembangunan ” bandar dalam taman” amat kena pada masanya.

          Kesimpulannya, bekalan sumber air bersih penting untuk kehidupan manusia. Tidak ada jalan mudah untuk mengekalkan sumber-sumber air negara melainkan memegang prinsip, ” kita meminjam ” daripada generasi akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mei 2014
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: