Karangan Pilihan P.Am 900/2

Tinggalkan komen

Mei 14, 2014 oleh ustazkenali

Soalan : Setiap pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Pada pendapat anda, apakah kepentingan menyertai kokurikulum dan nyatakan strategi-strategi terbaik untuk menarik minat pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum.
Semua pelajar diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya dua aktiviti kokurikulum. Terdapat pelbagai kepentingan kepada para pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum dan strategi yang sesuai untuk menarik minat pelajar menyertainya.
Pada pendapat saya, kepentingan aktiviti kokurikulum ialah dapat membina kecergasan mental dan fizikal para pelajar. Keadaan ini akan membantu mempertingkatkan keupayaan sistem tubuh seseorang pelajar. Pada masa yang sama sistem aliran darah akan menjadi lebih sempurna. Natijahnya, daya tahan pelajar terhadap serangan penyakit akan meningkat dan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran di sekolah.
Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membenteras gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum dapat memupuk gaya hidup yang positif dalam kalangan pelajar. Contohnya ialah kebanyakan masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti berfaedah seperti perkhemahan dan kawat kaki. Tuntasnya, aktiviti kokurikulum dapat membenteras masalah sosial dalam kalangan pelajar.
Selanjutnya, aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum dapat mempertemukan pelajar daripada pelbagai kaum dalam suatu wadah. Contonya, budaya bekerjasama, bertolenransi dan tolong-menolong sentiasa ditekankan dalam semua aktiviti kokurikulum. Yakinlah, bahawa aktiviti kokurikulum mampu melahirkan generasi muda yang bersatu padu.
Strategi utama, peranan sekolah sebagai institusi formal perlu memperluas penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Peruntukan kewangan dan prasarana untuk aktiviti kokurikulum perlu ditambah. Jika tidak, segala perancangan kokurikulum di sekolah akan terbantut. Para pelajar harus diberi kebebasan yang terkawal untuk menganjurkan sebarang aktiviti seperti aktiviti memanah. Jadi, tindakan memperkasakan lagi peranan sekolah dalam kokurikulum adalah wajar.
Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menerapkan elemen kerjaya dalam aktiviti kokurikulum yang dirancang di sekolah. Pelajar yang aktif dalam Kadet Polis boleh memohon menjadi pegawai polis selepas menamatkan alam persekolahan. Ini akan membuka untuk bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum yang mereka minati. Jelaslah bahawa penerapan elemen kerjaya dalam setiap kegiatan kokurikulum merupakan strategi yang berkesan dalam usaha ini.
Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum memang penting untuk menghasilkan modal insan yang berprestasi tinggi dan bersahsiah mulia. Sesungguhnya, kegiatan kokurikulum banyak membantu kita dalam usaha membenteras masalah sosial dalam kalangan pelajar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mei 2014
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: