Mengapa Oh Mengapa Bangsaku

Tinggalkan komen

Ogos 3, 2014 oleh ustazkenali

MENGAPA OH MENGAPA BANGSAKU
Apakah tindakan yang boleh diambil kepada seseorang yang selalu menggugat keamanan negara? Sudah pasti siasatan dibuat dan dihadapkan ke mahkamah. Tindakan memohon maaf selepas melakukan kesalahan secara sengaja amat tidak memadai. Individu yang tidak menghargai perpaduan kaum dan keamanan mesti diberi pengajaran. Hukuman yang setimpal patut dikenakan. Sikap tidak hormat dan memaki hamun, mencaci dan menghina agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Negara tidak boleh dibiarkan berterusan. Apa-apa hukuman mahkamah mestilah manpu mencegah perbuatan yang seumpamanya tidak berulang.
Bagaimana? Perkara ini mesti dibincangkan di Parlimen. Sebenarnya, jika kita tidak suka tinggal di Malaysia, kita boleh memohon untuk menjadi warganegra lain, mungkin negara lain boleh memberi lebih banyak keistimewaan bersuara dan menghina agama Islam. Nyahlah dari bumi Malaysia.
Apakah tindakan-tindakan yang boleh mengajar seseorang individu warga negara dan bukan warga negara Malaysia supaya berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ADA secara lisan dan bertulis, terbuka atau tertutup. Sudah tentu kena dikenakan kos tertentu yang mesti dibayar. Hakikatnya, individu yang sombong boleh membayar sejumlah wang yang dikenakan oleh mahkamah kerana ada ramai penyokong mereka. Mereka tidak gentar berhadapan dengan dengan denda atau tindakan sekadar “ala kadar”. Maka apakah tindakan yang patut diambil?

Bak kata pepatah Melayu, “ beri buat berani tanggung ”. Banyak tindakan yang boleh diambil untuk mengajar orang yang angkuh dan sombong menurut Perlembagaan. Semasa Akta Keselamatan Dalam Negeri diguna pakai, seseorang individu yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam boleh ditahan tanpa bicara selama 60 hari. Cuba tahan 60 hari baru tahu langit tinggi atau rendah. Dan saya kurang arif tentang SOSMA. Kadang-kadang orang yang kurang ajar kita kena kurung dia baru boleh ajar.
Sikap kerajaan yang selalu berlembut dengan sensitiviti agama dan kaum tertentu tidak mendatangkan faedah. Terlalu banyak isu yang tidak diselesaikan dan dibiarkan membarah. Kemarahan dan dendam tidak boleh dipadamkan dengan mudah. Kes-kes berulang seperti kes azan, kes buang babi dalam masjid, kes kalimah Allah, kes zina antara orang Islam dengan bukan Islam, sepak muka orang Melayu oleh seorang Cina menunggu masa untuk menjadi api perkauman yang marak menyala-nyala. Ada orang Melayu berbangga dengan “ kemenangan ” peristiwa 13 Mei tetapi peristiwa itu mungkin terbalik. Orang Melayu tidak bersedia, para peminpin gila berebut kuasa, pemuda-pemudi Melayu gila seks, gila bercantik-cantik, gila mengambil dadah dan hidup bermewah-mewah dan sangat mementingkan diri sendiri. Bagaimana mungkin meneruskan perjuangan Melayu?
Tindakan drastik perlu diambil, PDRM, Jabatan Peguam Negara tidak boleh memandang mudah. Apakah tindakan yang boleh diambil? Tidak seorang pun rakyat Melayu atau pemimpin Melayu memberi cadangan. Cadangan dan padangan sekadar pandangan tidak memberi apa-apa faedah. Kalau ada pun faedah sekadar meraih undi Melayu ketika musim pilihanraya. Tindakan perlu ialah melucutkan sebahagian hak istimewa sebagai seorang warga negara.
1. Dilucutkan taraf warganegara ( tindakan paling akhir seperti yang pernah dikenakan kepada Chin Peng ).
2. Hilang kelayakan sebagai pemilih ( tidak boleh mengundi )
3. Tidak boleh berkhidmat dalam Perkhidmatan Awan
4. Dinafikan hak untuk belajar di IPTA
5. Dikenakan bayaran (caj) 3 kali ganda apabila menggunakan perkhidmatan kerajaan seperti hospital.
6. Tidak boleh meninggalkan negara
7. Tidak boleh menulis dan menerbitkan apa-apa makalah di Malaysia
8. Tidak boleh membeli apa-apa harta, asset dan kekayaan.
9. Dikenakan hukuman buang daerah atau negeri.
10. Namanya disenaraikan sebagai penjenayah.
Bersambung….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2014
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 658,773 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: