KITAR SEMULA: SATU INISIATIF HIJAU DALAM MENANGANI MASALAH PERUBAHAN IKLIM

Tinggalkan komen

September 23, 2014 oleh ustazkenali

Soalan : Kitar Semula: Satu inisiatif hijau dalam menangani masalah perubahan iklim.

Pendahuluan:
Dalam menangani perubahan iklim ini, pelbagai cara boleh dilakukan. Salah satunya ialah amalan kitar semula. Langkah ini merupakan langkah yang dapat memberi impak yang besar jika mendapat sokongan daripada semua pihak.

Idea 1 Kitar semula barangan terpakai merupakan satu bentuk inisiatif hijau yang boleh dilakukan oleh industri dan masyarakat umum.
h1 – Kitar semula merupakan proses memperoleh atau menjadikan sebahagian atau semua sampah menjadi barang baru yang boleh digunakan semula.
h2 Kitar semula bersesuaian dengan konsep Pengeluaran Bersih yang menitikberatkan penambahbaikan berterusan oleh pihak industri ke atas proses, produk, dan perkhidmatan.
Contohnya mengitar semula kertas terpakai dan surat khabar.(Kesimpulan kecil) Tegasnya, kitar semula mengurangkan pencemaran dan mengurangkan kos bahan mentah industri berasaskan kertas.

Idea 2 Mengurangkan penggunaan barangan domestik
h1 – Barang-barang domestik seperti surat khbar, botol, tin dan plastik merupakan barangan yang sentiasa ada di dalam rumah kita.
h2 – Barang-barang ini jika diurus dengan baik akan dapat mengurangkan timbunan sampah sarap.
Contohnya setiap tan kertas yang dikitar semula sebagai “paperboard” untuk tujuan pembungkusan dapat mengelakkan sebayak 3.6 juta tan metrik emisi karbon diokssida. ( Kesimpulan kecil) Sesungguhnya, mengurangkan emisi gas-gas rumah hijau mengurangkan pemanasan global.

Idea 3 Kitar semula mencegah emisi (perlepasan ) gas metana dari tapak-tapak pelupusan sampah.
h1 – Apabila kitar semula tidak dijalankan lebih 80 peratus bahan buangan seperti kertas akan berakhir di tapak perlupusan.
h2 – Proses pereputan kertas di tapak perlupusan sampah akan menghasilkan gas metana, iaitu gas rumah hijau yang kuasa memerangkap habanya adalah 21 kali ganda kuasanya berbanding gas karbon dioksida. Panas.
Contohnya laporan EPA USA mengesahkan punca utama emisi metana datangnya dari tapak perlupusan.
(KK) Yakinlah, bahawa pelepasan gas metana menyumbang kepada pemanasan global dan perubahan iklim.

Idea 4 Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan bakar ( gas dan elektrik ).
h1 – Pembakaran bahan api fosil adalah sangat mencemarkan alam sekitar kerana sisa pembakaran menghasilkan gas karbon dioksida.
h2 – Pengeluaran paperboard yang dikitar semula seratus peratus menggunakan 50 peratus tenaga berbanding paperboard yang dibuat daripada kayu pokok.
contohnya pembuatan plastik menggunakan banyak tenaga kerana dunia memerlukan 500 bilion hingga ke 1 trilion beg plastik setahun yang memerlukan tempoh 500 tahun untuk diurai.
Kesimpulan kecil ) Sesungguhnya, kitar semula mengurangkan 50 peratus penggunaan tenaga.

Idea 5 Lestarikan kitar semula demi masa depan bersama
h1 – Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, kita perlu menjadikan amalan kitar semula sebagai sesuatu yang lazim.
h2 – Dengan itu kita dapat menjimatkan penggunaan sumber asli dan tenaga sekaligus dapat menyelamatkan bumi dari pemanasan global.
Contohnya Fuji Xerox menjadi syarikat pertama di Jepun yang berjaya mencatatkan bahan buangan pepejal sifar.( Kesimpulan kecil ) Yakinlah jika semua penduduk dunia mengamalkan kitar semula, masalah perubahan iklim boleh diminimakan.

Kesimpulannya, kitar semula memainkan peranan yang amat besar bagi memastian bumi kita terpelihara dan terpulihara dari ancaman pemanasan global. Kejahilan manusia adalah musuh utama kehancuran dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2014
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: