Mencari Jawapan P.Am 900/1

Tinggalkan komen

November 4, 2014 oleh ustazkenali

Salam sejahtera.
Peperiksaan bukanlah sesuatu menakutkan. Tetapi tidak ada yang lebih menyusahkan melainkan mati. Jadi peperiksaan di dunia ini apalah sangat. Di mana ada usaha di situ ada kejayaan. ” man jada wa jada”

BAGAIMANA?
1. Persediaan untuk menjawab kertas P.Am 900/1 mesti cukup (pada )
a. Banyak membaca buku akhbar dan majalah
b. Banyak membuat latiahn
c. Telah membuat ulangkaji

2. Baca arahan soalan dan garis perkataan/frasa-frasa penting.
3. Jawab Semua bahagaian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C

Bahagian mana nak jawab dulu dan mengapa ? Berapa lama masa yang hendak diambil?

1. Biar apa-apapun yang berlaku jawab bahagian A dahulu kerana;
a. penting,
b. bahagian A akan membantu anda untuk menjawab soalan-soalan Bahagian B dan C
c. Bagaimana? Pilihan-pilihan jawapan sama A, B, C dan D atau i, ii, iii dan iv memang jawapan itu untuk Bahagian A TETAPI pilihan-pilihan jawapan itu boleh digunakan untuk menjawab soalan struktur Bahagian B, dan sebagai Idea atau Isi karangan Bahagian C.
d. Apapun tindakan kita ” berfikir dan merancangan jawapan ”
e. Memanglah pilihan-pilihan jawab satu sahaja yang betul tetapi jawapan yang salah itu tidak semestinya salah untuk bahagian B dan Bahagian C.
f. Pilihan-pilihan jawapan bahagian A berguna untuk membantu kita apabila anda “buntu” untuk mencari jawapan bahagian B dan C.
g. Bahagian A secara tidak langsung memberi maklumat-maklumat berguna untuk jawapan bahagian B dan C.

2. Bahagian B
Bahagian B bahagian yang paling sukar!
a. Baca semua soalan dan pilih soalan yang anda YAKIN anda boleh jawab.
b. Bagi soalan yang sukar jawab selepas selesai bahagian C
c. Kena hafal 3 sahaja. Contoh?
Nyatakan peranan kerajaan ?
Hafal 3 sahaja
3 Cara yang membolehkan pindaan Perlembagaan
Boleh spot ? Spot la…tapi kena baca semua. Baca soalan baca 3 jawapan. Sepatutnya sudah ada nota kecil.
d. * Ingat Jawab Semua soalan jangan biarkan ruang kosong pada kertas soalan walaupun jawapan yang anda jawab tidak pasti…jawab juga.
e. Tumpuan kepada kajian kes
f. Tulis soalan dan baca jawapan ( buat jawapan )
Contoh Soalan Penggal 1 (2014) lepas
“Encik Z telah ditahan dalam satu sebuan polis kerana disyaki terlibat dalam satu kes jenayah”
soalannya. Nyatakan 4 hak encik Z menurut peruntukan Kebebasan Diri?
SILA SEMAK soalan P.Am 900/1 2014 supaya anda boleh menumpukan kepada tajuk-tajuk lain.

3. Bahagian C Karangan (Soalan nombor 20, 21 dan 23 )
a. Bahagian ini markahnya 100.
b. Panjang karangan 300 -350 patah perkataan.
c. Pastikan anda jawab 2 soalan ( contohnya soalan no 20 dan 21 atau 20 dan 23 atau 21 dan 23)
d. Karangan anda mesti mempunyai rangka berikut dalam setiap perenggan:
i. Perenggan Pendahuluan
ii. Ada 5 Idea (isi)
iii. Satu idea(isi) untuk perenggan
iv. Perenggan penutup

4. Bagaimana menulis Pendahuluan?
a. Tulis pendahuluan yang ringkas dengan menukar soalan kepada ayat penyata/
Bagaimana? Contoh?
P.am 900/1 STPM 2014
20. Selain daripada menguruskan pentadbiran negara, kerajaan juga mempunyai tanggunjawab yang lain. Bincangkan.
Skema 1 + 4
Contoh Pendahuluan ( Tak perlu panjang; 30 patah perkataan)
Mengurus dan mentadbir sesebuah negara sangat penting dan menjadi tanggunjawab utama sesebuah kerajaan namun begitu kerajaan juga mempunyai pelbagai tanggungjawab yang lain.Malaysia sebagai negara struktur pentadbiran persekutuan yang kompleks.

Idea 1 mengurus pentadbiran negara
Ada huraian : h1 –
h2
Ada contoh
Ada kesimpulan kecil ( cukup dah 7 – 9 baris )
Seterusnya hingga lengkap 5 idea.
Idea 2
h1
h2
contoh
kk
seterusnya

Penutup
Berupa kesimpulan keseluruhan perbincangan.

5. Masa yang diperlukan
Bahagian A – 15 minit / 15 markah
Bahagian B – 18-20 minit /15 markah
Bahagian C – Baki 85 minit bahagi 2 soalan = 40 minit untuk setiap soalan
dan 5 minit untuk semak semua jawapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2014
M T W T F S S
« Oct   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: