PROSES KAJIAN TINDAKAN

Tinggalkan komen

Julai 1, 2015 oleh ustazkenali

KAJIAN TINDAKAN

PROSES KAJIAN TINDAKAN

Ada lima proses penting dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu:

* Idea permulaan

* Membina rancangan tindakan

* Melaksana tindakan

* Memerhati kesan pelaksanaan tindakan

* mereflek

  1. Idea Permulaan

Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit daripada rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di mana suatu masalah sedang dihadapi.

Contohnya, apabila hampir separuh pelajar sebuah kelas gagal dalam ujian topikal yang baru dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan kembali situasi; guru mendapati segelintir pelajarnya tidak memberi sokongan dalam tugasan kumpulan yang diberikan, membuat guru ingin mengetahui sebabnya; guru mendapati seorang guru mata pelajaran lain menggunakan teknik pengajaran berasaskan ICT dengan jayanya di dalam kelas, dan beliau ingin mengetahui sama ada teknik tersebut boleh berjaya diaplikasikan dalam mata pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu guru tersebut mencari jalan untuk mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran yang diajarnya dan mencubanya dalam tindakan kelas. Pendek kata, seseorang pengamal (guru) akan sentiasa berdepan dengan masalah, yang terjadi apabila nilai-nilai yang dipegang bertentangan dengan apa yang berlaku dalam amalan, yang menyebabkan suatu penambahbaikan perlu dicari (Kemmis & Mctaggart,1982; Whitehead,1985). Situasi tersebut akan memberi idea untuk memulakan suatu kajian tindakan.

Kemmis & McTaggart (1988) menggariskan empat langkah penting bagi menjalankan kajian tindakan; (a) membina suatu rancangan tindakan bagi membaiki sesuatu yyang sedang berlangsung, (b) melaksana rancangan yang dibina, (c) memerhati kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan (d) mereflek atau mengimbas kembali kesan yang terjadi sebagai asas untuk merancang tindakan seterusnya.

Madzniyah et.al (1995) pula telah mengemukakan prosedur atau proses pelaksanaan kajian tindakan mengikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Mengenal pasti isu atau masalah atau situasi

Langkah 2 : Merancang tindakan

Langkah 3 : Melaksanakan langkah-langkah tindakan

Langkah 4 : Meninjau dan mengutip data

Langkah 5 : Tindakan untuk gelungan atau kitaran kedua

McNiff et al (1996) pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan boleh digambarkan sebagai:

  1. Meninjau amalan semasa
  2. Mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak diperbaiki
  3. Membayangkan langkah ke hadapan
  4. Cuba membuat atau mengambil catatan apa yang berlaku
  5. Mengubah suai perancangan berdasarkan apa yang ditemui dan meneruskan tindakan
  6. Menilai model yang telah diubah suai dan seterusnya sehingga berpuas hati dengan semua aspek dalam kajian

Walau apapun pandangan ahli akademik di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah proses suatu kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan satu kitaran yang jelas yang patut dipatuhi oleh pengamalnya.

  1. Membina Rancangan Tindakan

Setelah mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan, penyelidik (guru) perlu membina rancangan untuk bertindak ke arah penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya merancang tindakan yang bakal diambil. Contohnya, apabila hampir separuh daripada sekumpulan gagal dalam ujian topikal yang ditadbir, maklumat terperinci diperlukan tentang soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kumpulan pelajar berkenaan. Maklumat ini dapat diketahui dengan merujuk kepada isi kandungan yang gagal difahami oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan topik berkenaan dalam ujiian topikal. Kemudian berdasarkan maklumat yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan penyelidikan:

Apakah aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar  tentang topik yang diajar?

Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek tersebut?

Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut dengan kaedah pembelajaran masteri?

Setelah soalan-soalan penyelidikan Setelah soalan-soalan penyelidikan dibentuk, penyelidik perlu membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas yang terlibat, beberapa ujian diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan pelajar,serta beberapa contoh yang lebih mudah digunakan dalam pengajaran semula. kemudian, satu ujian setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka bagi memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.

  1. Melaksana Tindakan

Setelah membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan. Penyelidik (guru) perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan mereka, diikuti oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang topik yang diajar. Setelah itu, penyelidik akan mengajar semula topik berkenaan dengan memberi contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar serta disertai dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.

  1. Memerhati Kesan Pelaksanaan

Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik akan mula mengesan perubahan  dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas yang diberikan oleh pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus terhadap aspek-aspek yang sukar difahami akan memberi maklum balas kepada penyelidik. Akhir sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan memberi maklum balas sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.

  1. Mereflek

Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar mungkin gagal menjawab aspek-aspek lain dalam ujian setara, berikutan kefahaman pelajar yang tidak kekal untuk tempoh masa panjang. Secara amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk mengatasi masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2015
M T W T F S S
« May   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: