Jawapan Siti Farah Othman

Tinggalkan komen

Julai 7, 2015 oleh ustazkenali

1. Dengan adanya perkembangan teknologi digital, rakyat Malaysia dapat menjalankan pelbagai aktiviti sosioekonomi di peringkat global. Huraikan.

Rakyat Malaysia perlu menguasai bidang teknologi digital kerana banyak manfaatnya kepada kemajuan sosioekonomi sesebuah negara. Kegagalan berbuat demikian akan melemahkan daya saing negara di peringkat global.

Antarannya, teknologi ini berguna untuk aplikasi  pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran masa kini memerlukan kepantasan mengumpul, menyimpan dan mempersembahkan maklumat dalam bentuk menarik dan interaktif. Kebolehan capaian maklumat daripada pelbagai sumber akan menambahbaik mutu pendidikan negara.Contohnya kolaborasi dalam bidang pendidikan antara universiti. Tegasnya teknologi ini sangat bermanfaat.

Seterusnya, bidang sains sukan amat memerlukan teknologi ini untuk memudahkan latihan dan pengukuran secara tuntas. Aktiviti-aktiviti sukan memerlukan alat pengukuran untuk mengukur kelajuan dan ketetapatan yang tidak boleh diukur dengan mata fizikal. Teknologi digital dapat meningkat prestasi ahli-ahli sukan. contoh penggunaan alat elektrocardiografi dapat mengesan kesihatan jantung ahli-ahli sukan. Sesungguhnya, teknologi ini membantu ahli-ahli sukan negara mencapai kecemelangan.

Selanjutnya, Kebolehcapaian komunikasi semasa diasaskan oleh teknologi digital begitu ketara. Teknologi ini membolehkan rakyat Malaysia  berhubung dan berkomunikasi secara maya. Teknologi jalur lebar seperti internet, WhatsApp dan seumpamanya dapat merentasi sempadan masa dan geografi membolehkan manusia memahami dan mengeratkan hubungan manusia dan  kemanusiaan. Tegasnya, komunikasi digital merentasi sosiobudaya dunia.

Demikian lagi, aktiviti-aktiviti ekonomi dapat dilonjakkan melalui teknologi digital e-dagang. Perniagaan konvensional tidak mampu manampung aktiviti-aktiviti ekonomi abad ke-21. Perniagaan on-line membolehkan barangan ditawarkan di seluruh dunia dan bukan lagi bersifat tempatan. Contohnya, perkhidmatan perhotelan melalui ” trivago”. Jelaslah bahawa, teknologi digital mengubah ruang niaga konvensional kepada ruang niaga maya.

Akhir sekali, aktiviti pelancongan dapat dimanfaat sepenuhnya oleh teknologi digital. Gambar-gambar tempat menarik dan bersejarah ditampilkan dengan kualiti natural dan resolusi gambar yang pada serta mampu menggamit pelancong ke Malaysia. Dengan bantuan komputer semua keperluan audio dan video dapat menggambar secara semula jadi alam jati kepada alam maya. Contohnya, gambaran kehebatan Malaysia digambarkan melalui filem singkat “Cuti-cuti Malaysia” atau “beatiful Malaysia”. Tegasnya, kita berhutang budi dengan kewujudan bandar teknologi Cyber Jaya dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mengambil langkah-langkah ke hadapan.

Kesimpulannya, teknologi digital memungkin semua naluri ingin tahu manusia dijawab dan digapai dihujung jari. Penemuan-penemuan seumpama telefon pintar dan komputer mempercepat proses membangunkan negara Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2015
M T W T F S S
« May   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: