900/1 Kestabilan Jentera pentadbiran negara
Tinggalkan komenJulai 23, 2015 oleh ustazkenali
Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 28 juta orang, merupakan sebuah negara sedang membangun yang tersohor kestabilan politik dan ekonominya. Sungguhpun begitu, cabaran-cabaran yang dihadapi sangat hebat bagi mengekalkan kemajuan yang sedia ada. Terdapat tiga bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh negara iaitu cabaran ekonomi, politik dan sosial.
Kestabilan dan kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia yang berasaskan dua faktor utama, iaitu keberkesanan jentera pentadbiran negara dan kejayaan Malaysia memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Jelaslah, Keberkesanan jentera pentadbiran negara bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin merangka dan melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan negara yang sesuai dengan arus perkembangan ekonomi dan politik.
Negara juga bertuah kerana mempunyai pemimpin yang berwawasan dalam melaksanakan pentadbiran negara. Tun Abdul Razak contohnya adalah pelopor pembangunan luar bandar dan program yang diterajuinya sesuai dengan kehendak perkembangan ekonomi pada masa itu. Tun Dr. Mahathir ialah pemimpin yang merancang supaya Malaysia menjadi negara maju sesuai dengan Wawasan 2020. Dalam arus pembangunaan dunia yang semakin pantas. Sesunggunya, Malaysia perlu bersiap sedia kerana persaingan ekonomi serantau dan ekonomi dunia yang sangat mencabar. Jadi, setiap cabaran yang dihadapi mesti ditangani dengan betul.
Jentera pentadbiran kerajaan dilaksanakan dengan berkesan di semua peringkat. Pada peringkat awal, jentera pentadbiran kerajaan dirancang di peringkat persekutuan oleh pelbagai kementerian. Seterusnya, semua keputusan di peringkat persekutuan akan dilkasanakan di peringkat negeri dan daerah. Pelaksanaannya amat berkesan hasil kepimpinan yang mantap, perancangan yang teliti dan sokongan setiap lapisan masyarakat. Tegasnya, Malaysia berjaya mengekang segala bentuk jenayah dan rasuah.
Bagi mengekalkan kestabilan negara pula, Malaysia turut memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti serantau dan antarabangsa.Malaysia berjaya menangani banyak isu yang berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara. ontohnya, isu Pulau Sipadan dengan Indonesia, isu Pulau Batu Putih dengan Singapura dan masalah tuntutan bertindih Kepulauan Spartly. Malaysia turut aktif dalam pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Negara- negara Komanwel, dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Sesungguhnya, Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan ini banyak memberi kesan positif kepada perkembanagn ekonomi dan kestabilan politik.
Kesimpulannya, Malaysia berupaya menjadi sebuah negara yang sedang pesat membangun disebabkan oleh kebijaksanaan pemimpinnya membentuk kestabilan politik dan ekonomi, jentera pentadbiran yang cekap, masyarakat yang bersatu padu serta penglibatan negara secara aktif dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa.