Mengamalkan norma komuniti dalam kehidupan rakyat Malaysia menjamin keharmonian negara.

Tinggalkan komen

Ogos 5, 2015 oleh ustazkenali

Soalan: Amalan-amalan norma komuniti dalam kehidupan Malaysia dapat menjamin keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia. Jelaskan.

Pendahuluan

Secara umumnya norma komuniti ( masyarakat) Malaysia berbeza-beza kerana rakyat Malaysia berbilang bangsa, kepercayaan dan amalan agama. Jika norma atau adab komuniti  tidak diikuti kita akan dianggap kurang ajar dan menimbulkan situasi dan perasaan marah masyarakat kepada individu berkenaan. Amalan-amalan norma komuniti amat perlu untuk menjamin keutuhan perpaduan negara.

Pertamanya, amalan menghormati orang-orang tua telah lama diamalkan di Malaysia komuniti. Kebanyakan kaum-kaum utama menghormati generasi tua dan adabnya hampir sama. Sememangnya kita dilarang mencelah dan menyampuk ketika orang yang lebih tua sedang bercakap. Contohnya bercakap dengan nada suara yang rendah. Tegasnya, menghormati orang yang lebih tua tanpa mengira bangsa dan agama menjamin keharmonian  komuniti.

Seterusnya, amalan menghormati majlis rasmi yang berlangsung dalam komuniti termasuklah majlis perkahwinan. Sudah menjadi kewajipan setiap individu memakai pakaian yang sopan ketika menghadiri sesuatu majlis dan menjadi budaya Malaysia tidak berbual-bual dengan kuat ketika berada di dalam majlis. Demikianlah norma komuniti Malaysia.

Sehubungan itu, amalan menziarahi orang sakit juga merupakan norma yang menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Bukan itu sahaja ucapan takziah juga dizahirkan dengan mendoakan pesakit cepat sembuh. Pasti hidup dalam sebuah negara berbilang keturunan amalan ini menjamin perpaduan kaum.

Demikian lagi adab dan amalan berjiran begitu ketara dalam kalangan komuniti. Sikap suka bertegur sapa jelas menampakkan kemesraan hubungan antara Melayu, Cina dan India yang tinggal berjiran. Adakalanya dianggap sebagai, “saudara” jika jauh di perantauan. Yakinlah, berkunjung ke rumah jiran semasa sambutan perayaan pemangkin keharmonian komuniti di Malaysia.

Selain itu, memelihara norma komuniti ketika berada di meja makan juga menjadi kebiasaan di Malaysia. Bagi orang-orang Melayu adap makan dengan tangan dikehandaki mencuci tangan sebelum makan. Bagi komuniti Cina misalnya menggunakan penyepit atau sudu menjadi kemestian dan paling menonjol kebanyakan norma komuniti melarang bercakap-cakap ketika makan. Perbuatan ini dianggap sebagai penghormatan di meja atau majlis-majlis keramaian. Sesungguhnya, belajar memahami dan menghormati norma komuniti sesuatu kaum setempat menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, masyarakat berbilang kaum bukan penghalang kepada rakyat Malaysia untuk mengetengahkan norma-norma terpuji. Sikap suka menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam komuniti akan mencalarkan usaha-usaha membina negara bangsa yang bersatu padu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2015
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: