Kepentingan Bekalan Air yang Mampan

Tinggalkan komen

September 9, 2015 oleh ustazkenali

Pembangunan yang tidak terancang telah mengakibatkan pelbagai masalah domestik. Kekurangan bekalan air mentah yang mencukupi menjejaskan bekalan air bersih dan pelbagai keperluan serta berbilang-bilang sektor kehidupan.

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa dengan keadaan panas dan lembab sepanjang tahun namun jika jumlah air hujan yang banyak itu tidak diurus dengan cekap tidaklah memberi apa-apa makna kehidupan manusia dan alam sekitar. Krisis air di negeri Selangor misalnya, selalu dikaitkan dengan tidak cukup loji pemprosesan air. Hakikatnya segala hutan telah ditebang dan tiada lagi kawasan tadahan air semula jadi. Kawasan hutan tiada lagi yang ada hanyalah hutan batu semata-mata. Sibuklah mencanang ke sana-sini dengan ” Langat 2 ” untuk menampung keperluan air, tentang menghutan semula tidak pernah disebut. Begitulah bila ahli-ahli politik berpolitik dan “pandai cakap”. Dalam jangka masa pendek dan sederhana ” langat 2 ” sangat membantu tetapi “siapa ” yang akan menyimpan air untuk Selangor dalam jangka masa panjang dan lama. Jawabnya ” hutan ” .

Walaupun 70 peratus daripada bumi kita terdiri dari air; tetapi sejumlah 97 peratus airnya (bumi) terdiri daripada air laut (masin) yang tidak boleh diminum dan digunakan untuk sektor pertanian. Sementelahan 70 peratus sumber air tawar terkunci (dalam bentuk ais beku) di kutub utara dan kutub selatan. Seterusnya lebih kurang 30 peratus sumber air tawar wujud sebagai air bawah tanah. Jadi, hanya  1 peratus sumber air tawar yang boleh digunakan oleh manusia dari tanah becah ( wet land ).

Air adalah sumber kehidupan alam maya ini. Tanpa air tiadalah kehidupan. Sejak kewujudan tamadun manusia, pertempatan manusia selalunya bertumpu kepada lembangan sungai ( tanah becah ) kerana kehadiran pelbagai sumber makanan seperti buah-buahan dan sumber protein ( ikan dan haiwan) Manusia boleh bercucuk tanam, mengutip buah-buahan, berburu dan membina pertempatan. Pertambahan penduduk bermakna pertambahan penggunaan air sehingga ke tahap krisis, misalnya Laut Aral di Kazakhstan seluas 68 km persegi kering sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun.

Sedangkan satu pertiga daripada penduduk dunia menggunakan air bawah untuk menyelesaikan masalah kekukangan air. Namun tindakan ini hanya merupakan langkah penyelesaian jangka pendek dan bersifat sementara. Sedangkan penggantian semula air bawah tanah dalam kadar yang perlahan dan mengambil masa ratusan tahun.

ISU AIR BOLEH DIKATEGORIKAN KEPADA 9 MASALAH BERIKUT

  1. Jumlah penduduk yang ramai

Bekalan air mentah sedia ada di sesuatu kawasan (region) boleh kehabisan jika jumlah penduduk bertambah secara drastik. Proses untuk menyalur air daripada kawasan sumber ke bandar ( kawasan pertempatan ) boleh memberi kesan negatif kepada flora dan fauna serta aktiviti pertanian intensif ( penternakan). Sementara sistem rawatan air mentah dan kumbahan yang tidak berkesan juga menyumbang kepada pencemaran sungai, tasik dan sumber air bawah tanah.

2.  Masalah yang timbul akibat daripada pembinaan empangan air

Pembinaan empangan di kawasan tadahan air boleh mengakibatkan kerosakan ekosistem dan juga memberi kesan kepada pertempatan di kawasan terbabit.  Kos pembinaan empangan juga amat tinggi dan membebankan rakyat. Proses pemulihan kawasan pembinaan empangan juga mengambil masa yang lama untuk mengembalikan ekosistem semula jadinya.

3. Perubahan cuaca akibat daripada kesan rumah hijau

Pembangunan yang pesat dan tidak terancang telah menyumbang kepada peningkatan kadar gas-gas rumah hijau ( CFC, metana….) yang boleh mengakibatkan penipisan lapisan ozon. Perkara ini telah mengakibatkan perubahan cuaca yang serius hingga menyebabkan kemarau yang berpanjangan dibeberapa buah negara, seperti Somalia, Ethopia dan Kenya.

4.  Pencemaran daripada baja hasil sampingan aktiviti pertanian

Aktiviti-aktiviti pertanian yang tidak lestari boleh mengakibatkan pengaliran air yang dicemari oleh baja kimia ke punca air seperti sungai fdan tasik. Akibatnya berlaku “eutrofikasi” yang seterusnya membawa kepada kekurangan air mentah yang boleh digunakan.Peningkatan aktiviti mengepam air keluar daripada sumber bawah tanah boleh mengakibatkan pencemaran bakteria dan bahan-bahan enap kimia kepada sumber air tersebut.

5. Kehilangan seluruh tasik dan sungai

Pelbagai faktor, seperti peningkatan suhu global (pemanasan global) dan kecuaian manusia mengakibatkan sumber air menjadi kurang dan kering sepenuhnya seperti kes Tasik Aral di kazakhstan dan Sungai Kuning di China. Tanah pertanian yang kering (kemarau) menyebabkan garam terkumpul di dalam tanah lalu menjejaskan kesuburan tanah. Keadaan ini diburukan lagi oleh penggunaan sumber air bawah yang berlebihan menjadikan lapisan tanah boleh guna untuk aktiviti pertanian menjadi poros dan gersang. Timpul pula masalah baru iaitu penggondolan tanah oleh agen-agen hakisan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2015
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: