Karangan Ramalan 900/1 : Nilai Aspirasi dalam Masyarakat Progresif 1M

Tinggalkan komen

Oktober 4, 2015 oleh ustazkenali

Nilai aspirasi dalam masyarakat progresif 1M

Gagasan 1 Malaysia ( 1M ) adalah satu strategi politik kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bagi menghadapi pelbagai  cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Gagasan ini berpegang kepada prinsip, ” Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” melalui 2 aspek: penerapan teras-teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi ( rakyat Malaysia progresif dan dinamik ) untuk mencapai status negara maju.

Dalam aspek nilai aspirasi ialah nilai-nilai yang perlu dipraktikkan oleh masyarakat progresif adalah budaya berprestasi Tinggi. Ini bermaksud setiap perkara yang dilakukakan haruslah mencapai tahap terbaik dan diikhtiraf antarabangsa. Bahkah pengalaman amalan cemerlang itu boleh diukur, disebar dan pelajari oleh dunia. Contohnya kejayaan rundingan diplomatik dengan Rusia dan Pemberontak Donest untuk membolehkan Pasukan Penyiasat MH 17 berada dilokasi tragedi. Tegasnya, budaya berprestasi penting untuk mencapai status negara maju.

Aspek kedua untuk melahirkan  masyarakat yang dinamik ialah dengan mengamalkan budaya ketepatan dalam pekerjaan dan kehidupan seharian. Perbuatan dan sikap menepati prosedur kerja ( SOP), kerangka waktu yang ditetapkan dan kepatuhan kepada undang-undang membawa kepada kualiti perkhidmatan awam yang terbaik untuk rakyat. Inilah cita-cita dan hasrat kerajaan untuk mensejahterakan rakyat dan negara. Contohnya makenisme kawalan harga barangan pengguna. Sesungguhnya, amalan ini mampu mengelakkan rasuah dan pembaziran dalam pentadbiran kerajaan.

Seterusnya, masyarakat progresif perlu mengamalkan budaya ilmu. Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju jika minda rakyatnya dididik dan diisi dengan ilmu. Kesediaan melakukan pembelajaran sepanjang hayat adalah tradisi yang mengangkat status sesebuah tamadun sesuatu bangsa. Contohnya Pembaharuan ilmu Maharaja Meiji mengangkat bangsa Jepun sebagai negara maju. Yang pasti, malas membaca membinasakan masa depan negara bangsa.

Selain tiga aspirasi di atas, kita dituntut memiliki jati diri bangsa. Prinsip kesetiaan kepada raja dan negara amat perlu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Tanpa kesetiaan tidak mungkin wujud perpaduan dan kemajuan negara akan terbantut. Contohnya rusuhan kaum 13 Mei begitu sukar untuk dilupakan. Yakinlah, tanpa kesetiaan dan ketaatan kepada negara bangsa akan mambantutkan aspirasi negara.

Akhirnya, masyarakat progresif dan dinamik perlu memiliki sifat kreativiti dan inovasi. Nilai ini adalah kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baharu dan berinovasi dalam apa-apa juga lapangan yang kita ceburi. Contohnya menghasilkan produk mesra alam dan jimat tenaga. Sesungguhnya, masyarakat kita perlu bersedia untuk menerajui inovasi.

Kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlu menyuburkan nilai-nilai aspirasi progresif sebagai bekalan menghadapi cabaran globalisasi dan tidak ada yang mustahil jika kita teruskan mengekalkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2015
M T W T F S S
« Sep   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: