Industri Kecil dan Sederhana

Tinggalkan komen

Oktober 19, 2015 oleh ustazkenali

Oleh Noor Izyan Binti Mohd Nasir SMK Tengku Laksamana

Soalan: Salah satu sektor yang diberi tumpuan di Malaysia ialah sektor industri kecil dan sederhana. Industri ini banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara dan pada masa yang sama IKS menghadapi pelbagai cabaran. Bincangkan.

Dasawarsa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan ekonomi negara. Industri ini termasuk dalam Wawasan 2020. Nanum begitu, IKS juga menghadapi pelbagai cabaran.

Salah satu cabaran IKS dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara adalah kekurangan modal untuk memulakan operasi. Modal tersebut merangkumi tanah, jentera dan buruh. Umumnya, semua faktor tersebut diperlukan oleh usahawan. Kerajaan biasanya akan membantu usahawan yang berdaya maju. Contohnya bantuan yang berbeza di antara usahawan sos cili dengan usahawan Nestle. Sesungguhnya, bantuan dan nasihat kerajan amat diperlukan oleh usahawan IKS.

Selain itu, IKS menghadapi cabaran skla perolehan pendapatan yang kecil yang berpunca daripada kekurangan teknologi. Contohnya penggunaan jentera yang lama dan kuantiti pemprosesan yang kecil. Ini bermakna kuantiti pengeluaran adalah sedikit dan margin keuntungan adalah kecil. Izharnya, IKS tidak akan berdaya maju jika teknologi tidak sering dengan perubahan masa.

Seterusnya, IKS berhadapan dengan cabaran kesukaran untuk mempertahankan perhijrahan tenaga kerja mahir. Tenaga kerja mahir sangat diperlukan dan menjadi tulang belakang IKS. Lazimnya tenaga kerja yang mahir akan meninggalkan IKS untuk menyertai firma-firma besar yang menawarkan gaji yang  lumayan dengan pelbagai insentif pula. Sesungguhnya, untuk mengekalkan seseorang pekerja mahir bukanlah sesuatu yang mudah.

Tambahan pula, IKS menghadapi cabaran sengit dalam pemasaran perkhidmatan dan barangan. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk “menjual” sesuatu produk. Contoh IKS minuman dengan pengeluar yang telah lama berada di pasaran seperti Nestle dan Liver Brothers. Yakinlah, hanya produk berkualiti diterima oleh pengguna.

Akhir sekali, cabaran yang dihadapi IKS ialah suasana tempat kerja yang kurang kondusif dan inovatif. Semua kerja terpaksa dibuat secara manual atau separa manual dan menggunakan tulang empat kerat. Ushawan sentiasa mendesak pekerja untuk bekerja lebih masa untuk meningkatkan produktivi dengan pendapatan tidak seberapa. Akhirnya, pekerja-pekerja IKS mula beralih ke sektor kerja yang lebih baik.

Kesimpulannya, bukanlah sesuatu mudah untuk menghadapi cabaran dalam IKS. Hanya ushawan yang tabah, gigih berusaha dan bersedia  menangani perubahan masa dan teknologi akan berjaya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2015
M T W T F S S
« Sep   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: