Sumber air bersih

Tinggalkan komen

Mei 17, 2016 oleh ustazkenali

TAJUK: PENGURUSAN SUMBER AIR.

Konsep Pengurusan Sumber Air.
Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “Water Manegment”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasabersih dan berterusan…”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.

Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia.
KEGUNAAN CONTOH
1. Kegunaan Domestik; kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dll sumber.
2. Kegunaan pertanian. Empangan untuk membekalkan air/mengawal input-output air kepada kawasan tanaman khususnya padi sawah. Empangan MUDA, Empangan KEMUBU.
3. Membekalkan Kuasa Elektrik Hidro (KEH); untuk keperluan industri dan penduduk. Sumber alternatif yang penting kerana sumber kuasa ini murah, bersih dan berterusan. Stesyen Janakuasa di Empangan Kenyir, Empangan Cenderoh, (Bakun dan Pergau –dalam pembinaan).
4. Kegunaan Industri. Bahanpencucian untuk pelbagai jenis industri dan penyejukan engine/generator. Industri pembuatan kertas dan industri petro-kimia.
5. Kegunaan pengangkutan. Sungai,selat,terusan digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk khususnya di kawasan pedalaman. Sungai Pahang,Sungai Rajang dan juga Selat Melaka,Selat Teberau.
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Air Lestari : Menjamin Bekalan Air Yang Bersih dan Berterusan.

1. Membuat penelitian dan pengkajian tentang sumber-sumber air yang ada meliputi; Taburan dan kapasitinya berbanding dengan permintaan pengguna, sifat-sifat sumber air yang ada samada tetap atau bermusim disamping kajian EIA (Impak Alam Sekitar) jika sesuatu sumber air itu ingin dimajukan khususnya secara komersial. Contohnya kajian EIA telah dijalankan dalam projek Hidro Elektrik Bakun di Serawak. Kajian elemen hidrologi daripada awal adalah amat penting untuk memastikan kapasiti bekalan air akan berterusan dalam jangka masa yang panjang. Jika tidak masalah terputus bekalan akan sentiasa dihadapi oleh pengguna. Sebagai contoh kajian terhadap taburan hujan di sesuatu kawasan, input dan kadar alir sungai,simpanan air bawah tanah,topografi dan lain-lain yang berkaitan.
2. Perlaksanaan Undang-undang untuk mengawal penggunaan sumber air/mencegah pencemaran air. Meliputi undang-undang untuk mencegah industri atau pengguna yang mencemarkan sumber-sumber air khususnya di sungai. Undang-undang mengekalkan kawasan tadahan dan mewujudkan zon-zon penampan bagi menjamin storan air bawah tanah sentiasa berterusan untuk sungai-sungai dan empangan. Industri-industri yang dibina berhampiran dengan sumber air seperti sungai hendaklah mengawal pembuangan sisa toksidnya. Sebagai contoh hampir 500 buah industri yang dibina disepanjang sungai Gombak dan sungai Kelang didapati menjadikan sungai tersebut sebagai saluran perlepasan enfluennya. Justeru tindakan yang tegas mestilah diambil seperti mengenanakan denda yang berat, penjara, menarik balik lesen operasi dan mengenakan caj perawatan air kepada kilang-kilang terbabit.

3. Langkah merawat sumber-sumber air yang telah tercemar khususnya sumber air sungai dan tasik disamping melaksanakan program kitar semula air yang telah digunakan. Langkah ini boleh dilaksanakan melalui usahasama antara pihak kerajaan dengan pihak swasta. Sumber air yang telah tercemar mestilah dirawat agar airnya bersih kembali misalnya Sungai Kelang pernah mengalami proses rawatan. Kos rawatan yang tinggi mestilah dikongsi bersama oleh kerajaan mahupun swasta. Menyediakan perangkap sampah di dalam sungai merupakan salah satu langkah yang baik untuk mengurangkan kuantiti pencemaran bahan pepejal (Solid ). Selain itu air yang telah digunakan oleh industri dan domestik boleh dikitar semula untuk pelbagai tujuan lain agar ia tidak terus membazir.

4. Memajukan sumber-sumber air alternatif. Bekalan air yang ada tidak seharusnya mengharapkan sungai dan empangan semata-mata. Sumber-sumber air yang berpotensi seperti air bawah tanah, air takungan tasik,kolam samada semulajadi atau buatan manusia termasuk juga air hujan boleh dimanfaatkan sebagai sumber backup (pengganti) jika berlaku sesuatu krisis bekalan air. Di Malaysia sumber air bawah tanah merupakan sumber alternatif yang paling berpotensi boleh dimajukan. Selain daripada kos dan teknologinya yang murah air bawah tanah juga masih bersih dan selamat digunakan dengan rawatn yang minimun. Justeru itu ia patut dimajukan dengan sebaik mungkin.

5. Memperbaiki sistem pengagehan dan pengurusan air di samping kempen penggunaan air yang bijak kepada pengguna. Sistem bekalan air di Malaysia patut diswastakan agar perkhidmatannya lebih cekap. Justeru kerajaan pusat mesti mengambil-alih kuasa pengurusan air daripada kerajaan negeri berikutan daripada kerajaan negeri menghadapi masalah kekurangan kewangan dan kepakaran. Sebagai contoh krisis air di kelantan “Kelantan Waters” hanya dapat diselesaikan dengan campurtangan kerajaan pusat. Dengan memperbaiki sistem perpaipan yang sedia ada maka pembaziran air dapat dikurangkan. Pendidikan kepenggunaan air seharusnya di berikan kepada pengguna dari masa ke semasa agar sumber-sumber air tidak dibiarkan membazir. Air merupakan satu khazanah yang patut berterusan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mei 2016
M T W T F S S
« Jan   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: