Gagasan 1M Oops!

Tinggalkan komen

Ogos 24, 2016 oleh ustazkenali

Jawapan  Suriani binti Shuib

Soalan : (17) Aspek kedua Gagasan IMalaysia menekakan kepada pembentukan masyarakat yang progresif dan dinamik. Jelaskan.

          Gagasan 1 Malaysia (1M) adalah satu strategi politik kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bagi menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisai. Gagasan ini berpegang kepada prinsip, ” Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan”. Dua aspek ini mengutamakan; penerapan teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi ( rakyat Malaysia progresif dan dinamik) untuk mencapai status negara maju.

          Dalam aspek nilai aspirasi ini ialah nilai-nilai yang perlu dipraktikan oleh masyarakat progresif adalah budaya berprestasi tinggi. Ini  bermaksud setiap yang dilakukan haruslah mencapai tahap terbaik dan diiktiraf  antarabangsa. Bahkan pengalaman amalan cemerlang itu boleh diukur, disebar dan dipelajari oleh dunia. Contohnya, kejayaan rundingan diplomatik dengan Rusia dan Pemberontak Donest untuk membolehkan Pasukan Penyelamat Prasyarat MH 17 berada dilokasi tragedi. Tegasnya, budaya berpretasi tinggi penting untuk mencapai stataus negara maju.

             Aspek kedua untuk melahirkan mayarakat yang progresif  dan dinamik  ialah dengan mengamalkan budaya ketetapan   dalam pekerjaan dan kehidupan harian. Kelakuan dan sikap  sikap menepati prosedur kerja (sop), kerangka waktu yang ditetapkan dan kepatuhan kepada undang-undang membawa kepada kualiti perkhidmatan awam yang terbaik untuk rakayat. Inilah cita-cita dan hasrat kerajaan untuk mensejahterakan rakyat dan  negara. Contohnya mekanisme kawalan harga barangan memalui Akta Pencatutan 2010. Sesungguhnya, amalan ini mampu mengelakkan rasuah dan pembaziran dalam pentadbiran kerajaan.

                Seterusnya, masyarakat progresif dan dinamik juga perlu mengamalkan budaya ilmu. Sesebuah negara akan maju jika rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan semasa dan masa depan. Dengan adanya ilmu pengetahuan masyarakat bersedia menangani cabaran perubahan semasa abad ke-21. Seperti kata bijak pandai, ” bangsa membaca  bangsa yang berjaya”. Yakinlah, bahasa sejarah telah membuktikan Tamaduan Yunani adalah berpunya daripada bangsa yang rajin membaca.

             Selain itu, masyarakat progresif dan dinamik mengamalkan budaya kreativiti dan inovasi. Budaya ini patut diamalkan oleh rakyat Malaysia kerana dapat menjimatkan masa dan wang. Dunia hari ini menuntut sesuatu yang “praktikal”; mudah, murah, cantik dan berkualiti. Justeru, budaya ini mewujudkan keadaan, ” menang-menang”  kepada kerajaan dan rakyat. Rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dan kerajaan dapat memenuhi tuntutan rakyat.

             Akhir sekali, masyarakat progresif dan dinamik mengamalkan budaya kesetiaan kepada negara. Setiap rakyat mestilah menjunjung tinggi Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsip rukun negara untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Tindakan militan dan melampau boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara.

                 Kesimpulannya, masyarakat perlu menyuburkan nilai dinamik dan progresif sebagai senjata untuk mengahadapi cabaran globalisasi. Tidak ada apa-apa yang mustahil untuk dicapai jika kita terus mengeretkan dan mengekalkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2016
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: