Usaha-usaha rapatkan jurang digital

Tinggalkan komen

Oktober 4, 2016 oleh ustazkenali

Kepesatan pembagunan industri teknologi maklumat (ICT) secara langsung mewujudkan jurang digital dalam kalangan masyarakat. Jurang digital ialah perbezaan yang berlaku terhadap masyarakat yang mampu menguasai ICT dan masyarakat yang tidak dapat menikmatinya. Justeru, usaha-usaha merapatkan jurang digital perlu dilakukan.

Antara  usaha-usaha yang boleh dilakukan  untuk merapatkan jurang digital ialah dengan meningkatkan tahap capaian atau tahap penembusan jalur lebar oleh rakyat. Hal ini demikian kerana kebanyakan prasarana ICT masih  tidak  mencapai  tahap yang memuaskan. Liputan jalur lebar masih banyak gangguan dan tidak meluas. Tambahan pula sikap pengguna yang kurang terdedah kepada ” media baru”. Sesungguhnya,  pelebaran jalur lebar seharusnya meliputi seluruh caruk rantau negara.

Seterusnya, memastikan kelancaran pelaksanaan jalur lebar tanpa gangguan. Sejauh pelaksanaan sekarang, mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dan pihak swasta atau bebayar jauh daripada memuaskan. Liputan yang terhad dan begitu terhad di kawasan luar bandar walau ada internet “Kampung Tanpa Wayar” sekadar tidak lebih lebih daripada ikon sahaja tetapi manfaat sangat minima. Ini kerana proses “loading” atau muat turun bahan mengambil masa yang lama. Jelaslah, banyak usaha perlu dibuat untuk merapatkan jurang digital.

Tidak berpada dengan dua usaha di atas sahaja, malah jurang digital dapat dikurangkan dengan mempelbagaikan program celik teknologi maklumat (ICT). Sebenarnya kita bukan sekadar  juara dengan cakap-cakap pemimpin tentang ICT tetapi rakyat dapat menikmati kerana tahu mengguna dan mengambil manfaatnya. Prestasi internet seperti kelajuan, kualiti perkhidmatan dan “value for money” dan ” value for society ” perlu diutamakan bukan sekadar melepaskan “betuk di tangga”.

Di samping itu, pelancaran seperti Program Merapatkan Jurang Digital seperti e-Komuniti melaui Unit Internet Bergerak, Info Desa- MID, Pemberian Perkhidmatan Sejagat dan Universal Service Provison (USP) dan Internet Desa mampu sedikit sebanyak menutup kekurangan  atau  lompang yang ada. Prasarana sedia ada perlu ditambah baik dan disokong oleh semua pihak .

Prasarana ICT yang termaju menjadi penanda aras komitmen kerajaan untuk mengurangkan jurang diigital. Kemuncalan Telekom Malaysia, Internet IM dan Axiata menyumbang kepada meminimakan jurang gigital di Malaysia. Yang pasti usaha-uasaha ini perlu berterusan dan bermatlamat melahirkan pendidikan sepanjang hayat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2016
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: