Temu Bual

Tinggalkan komen

Februari 19, 2017 oleh ustazkenali

Penggunaan kaedah ini untuk mengumpul maklumat kajian tinjauan.  Cara pelaksanaannya ialah dengan melakukan temu bual secara lisan dan jawapan direkod oleh penyelidik secara bertulis, melalui rakaman elektronik.

Temu bual didefinisi sebagai perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Temu bual merupakan intraksi bersemuka antara penemu bual / penyelidik dengan responden. Menurut Denzin ( 2001), ” temu baul harus digunakan lebih daripada hanya sebagai alat pengumpulan maklumat; temu bual perlu bersifat reflektif dan dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena.

Temu baul dikategori kepada tiga jenis, iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur dan temu bual tidak bersruktur ( Chua Yan Piaw,  2014 )

Definisi

  1. Temu bual berstruktur merupakan temu bual yang dijalanakan secara secara formal, dirancang secara teliti dan dilaksanakan mengikut satu senarai soalan  yang perlu dijawab oleh responden. Penemu bual dikehendaki menyoal  subjek kajian bersarkan senarai soalan yang telah dibina ( satu set soalan ) dan soalan-soalan yang ditanya kepada responden adalah serupa. Soalan-soalan temu bual kena selaras dengan objektif kajian. Bilangan soalan tidak perlu banyak. Berikut ialah tiga andaian asas soalan  temu bual.

           a,. Semua responden mempunyai keupayaan bahasa yang sama

           b. Semua item soalan boleh difahami dengan jelas oleh setiap responden.

           c. Setiap soalan membawa maksud yang sama (tidak ambiguiti ).

Contoh soalan-soalan temu bual berstruktur

Tajuk kajian: Masalah penulisan karangan sekumpulan pelajar tingkatan enam

Sekumpulan pelajar diminta menulis sebuah karangan bertajuk ” integrasi nasional”

Maklumat pelajar

Kelas       :____________________________

Jantina   : ____________________________

Hobi        : ____________________________

Gred Ujian 1 : __________________________

 Contoh soalan temu bual

  1. Adakah anda berminat untuk menulis karangan ?
  2. Apakah masalah utama semasa anda mula menulis karangan?
  3. Adakah anda pernah diajar oleh guru membuat rangka karangan?
  4. Adakah masalah yang anda hadapi semasa membina rangka karangan?
  5. Bagaimana anda menyusun isi/idea karangan?
  6. Apakah kesukaran yang anda hadapi semasa menulis sebuah karangan?

a. Menulis pendahuluan

b. Menulis isi utama/ idea utama

c. Menulis 2 huraian atau 3 tiga huraian isi utama

d. Menulis satu contoh yang relevan

e. Menulis dan memilih kata hubung yang sesuai untuk kesinambungan isi dan

f. Membina perenggan.

g. Membuat kesimpulan kecil dengan penanda wacana yang tepat                                               (Kesimpulannya, Sesungguhnya, Yakinlah… ).

h. Menulis penutup / membuat kesimpulan.

  • Perhatian : Contoh soalan perlu selaras dengan objektif kajian.
  • Rujukan
  • 1. Denzin, N.K . (2001). Handbook of qualitative reseach (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications Ltd.
  • 2. Chua Yan Piaw, (2014). Kaeadah Penyelidikan (3rd ed.). Mc Graw Hill Education (Malaysia) Sdn.Bhd. hlm.,139 -140.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2017
I S R K J S A
« Jan   Apr »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  

Blog Stats

  • 730,124 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 60 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: