Hak orang awam dalam Konvensyen Geneva 1949

Tinggalkan komen

April 18, 2017 oleh ustazkenali

Undang-undangn Kemanusiaan Antarabangsa  bertujuan untuk melindungi hak-hak orang awam tetapi sejarah telah membuktikan berlaku pencabulan yang ketara sejak dahulu hingga sekarang.  Bincangkan.

 

Apabila meletus peperangan, orang awam yang tidak terlibat perlu diberikan hak mereka untuk mendapatkan perlindungan. Perkara ini telah ditetapkan dalam peraturan Konvensyen Geneva 1949 iaitu berkenaan peraturan-peraturan asas dalam Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan mesti dipatuhi.

Antara hak-hak orang awam ialah orang yang cedera dan orang yang tidak terlibat dalam peperangan perlu dihormati jiwa, moral, dan fizikal mereka. Mereka perlu dilindungi dan dilayan dengan penuh rasa kemanusia. Adalah menjadi suatu jenayah perang jika orang awam didera dan dirogol seperti berlaku dalam Perang Iraq.

Seterusnya, dilarang membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan orang yang tidak berupaya seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak. Orang-orang yang cedera atau sakit perlu ditempatkan di kem-kem pelarian kendalian Palang Merah Antarabangsa. Perlindungan meliputi kakitangan perubatan, pertubuhan sukarela, pengangkutan dan perlu dihormati oleh semua pihak.

Sebaliknya, anggota tentera yang ditawan (POW) dan orang awam yang di bawah kuasa musuh perlu dihormati nyawa, maruah, dan hak-hak peribadi mereka. Mereka perlu dilindungi daripada semua bentuk keganasan dan bentuk keganasan dan perbuatan balas dendam. Mereka mempunyai hak untuk berhubung dengan anggota keluarga dan menerima bantuan.

Setiap orang wajar menerima faedah daripda jaminan perundangan. Tiada siapa yang boleh dituduh bersalah selagi tidak disabitkan. Tiada siapa yang patut dikenakan penderaan fizikal dan mental sepeti yang digambarkan dalam filem Rambo atau dimalukan seperti tahanan Perang Iraq.

Selanjutnya, pihak-pihak yang bermusuhan atau anggota tentera tidak dibenarkan menggunakan kaedah peperangan sesuka hati  dan tanpa had. Meraka dilarang menggunakan senjata atau kaedah peperangan yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak sewajar. Contohnya pengguna senjata kimia Gas Sarin. Tegasnya, penggunaan senjata kimia diharamkan dalam peperangan.

Pihak-pihak yang berkonflik hendaklah membezakan antara orang awam dengan anggota tentera yang bertujuan untuk mengekalkan keselamatan orang awam dan harta benda mereka. Orang awam tidak boleh diserang. Walau bagaimanapun sering berlaku pencabulan hak tersebut dalam sejarah perang-perang abad ini.

Kesimpulannya,

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

April 2017
I S R K J S A
« Feb   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 764,595 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 59 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: