Topik 3 Kerajaan Malaysia

Tinggalkan komen

Julai 11, 2017 oleh ustazkenali

1. Apakah sistem kerajaan Malaysia?

Sistem pemerintahan Malaysia ialah Demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

2. Siapakah yang menjadi Ketua Negara?

Ketua negara Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3. Apakah konsep Demokrasi berpalimen?

Konsepnya ialah wakil pemerintahan demokrasi dipilih melalui pilihanraya dalam tempoh 5 tahun sekali (untuk mewakili rakyat di peringkat kebangsaaan ( Dewan Rakyat) dan negeri ( Dewan Undangan Negeri).

4. Apakah komponen penting parlimen?

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan 2 dewan ( Dewan rakyat dan Dewan Negara )

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep Raja Berpelembagaan?

Raja berpelembagaan bermaksud Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugasnya mengikut Perlembagaan Negara Malaysia atas nasihat kabinet (Jemaah Menteri Persekutuan dan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri). Negera diketuai oleh YDPA, Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan dan Menteri Besar @ Ketua-ketua Menteri  sebagai ketua kerajaan negeri.

6. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

YDPA mempunyai kuasa untuk menjalankan peranan sebagai Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman selama 5 tahun mengikut tempoh gilirannya seperti yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.

7. Apakah Demokrasi berpalimen

  1. Pemilihan wakil rakyat ke Parlimen melalui proses pilihan raya.
  2. Wakli-wakil dipilih melalui pilih raya yang diadakan 5 tahun sekali.
  3. Menjadi saluran untuk menyampaikan suara rakyat di Parlimen.
  4. Parti politik yang menang secara majoriti dalam pilihan raya diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan.

 

8. Apakah doktrin pengasingan?

Pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga badan: Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman ( tindanan himpunan)

9. Apakah tujuan doktrin pengasingan kuasa?

a. Untuk mengelakkan pemusatan kuasa kepada sesebuah badan tertentu

b. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

c. Menjamin pentadbiran yang adil dan cekap.

10.  Apakah tugas badan perundangan/

Bertugas menggubal, meminda, dan meluluskan undang-undang

11. Apakah tugas badan eksekutif?

Melaksanakan undang-undang dan pentadbiran mengikut perlembagaan serta

undang.undang.

12. Apakah tugas badan kehakiman?

mentafsir undang-undang dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kesalahan

jenayah, pertikaian, ….

Latihan Objektif

  1. Yang manakah membentuk sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia?

I    Kerajaan Monarki

II   Raja Berpelembagaan

III  Ketinggian Parlimen

IV  Demokrasi Berparlimen

A I dan II B I dan III C II dan III  D III dan IV  Jwp C

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2017
I S R K J S A
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 738,587 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 60 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: