Karangan Penggal 1

Tinggalkan komen

Ogos 6, 2017 oleh ustazkenali

Soalan: 20 Kemudahan rawatan dan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun masih terdapat langkah-langkah lain untuk mewujud masyarakat yang sihat. Bincangkan.

Skema: 1 + 4

Contoh Karangan

Kemudahan rawatan dan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan adalah yang terbaik di dunia dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Prasarana kesihatan yang lengkap membolehkan rakyat mendapat rawatan di mana-mana dan setiap masa di Malaysia. Rakyat yang sihat menyumbang kepada pembangunan negara.

Antara kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ialah Hospital Besar Negeri,  dan Klinik Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan Desa. Kemudahan rawatan dan kesihatan percuma ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia. Untuk yang mengidap penyakit kronik disediakan Klinik Pakar dan dan rujukan khusus di Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya Institut Jantung Negara. Semua perkhidmatan dan rawatan ini untuk kesahteraan rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, antara langkah -langkah lain untuk mewujudkan masyarakat yang sihat ialah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mengandungi kabohidrat, vitamin, protin dan mineral yang lengkap untuk mengekalkan  kesihatan memenuhi piramid makanan. Jelasnya, makanan yang seimbang penting untuk kesihatan rakyat Malaysia.

Seterusnya ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat mencakupi sihat jasmani, emosi dan rohani. Kita perlu menghindari tingkah laku buruk dan tercela seperti seks bebas, dadah, rokok dan arak.  Menghindari amalan hidup bergaya dengan berhutang dan rasuah menjadikan menjadikan hidup kita tidak bahagia dan sejahtera. Yakinlah, mengamalkan gaya hidup sihat memberi kesan positif kepada kesihatan kita.

Selain itu, mengurangkan tekanan mental boleh menjadikan hidup kita lebih ceria dan sejahtera. Setiap orang berhadapan dengan masalah dalam kehidupan seperti  kos sara hidup yang tinggi memang membebankan tetapi jika sesuatu maslah itu diurus dengan betul maka tekanannya dapat dikurangkan. Sesunggunnya merancang pengurusan kewangan yang betul dan berfikiran positf mampu menghidari tekanan mental.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2017
I S R K J S A
« Jul    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 751,791 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 59 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: