Prinsip tadbir urus baik

Tinggalkan komen

September 10, 2017 oleh ustazkenali

Soalan: Prinsip tadbir urus yang baik akan dapat memacu setiap penjawat awam ke arah pemantapan sistem penyampaian yang berkesan. Bincangkan.

Tadbir urus negara yang baik amat penting kerana mengukuhkan kebolehpercayaan rakyat kepada kerajaan . Peranan ini dipikul oleh penjawat awam yang memegang prinsip telus, berakuantibiliti dan amanah untuk menjadikan sistem pentadbiran negara  yang mantap.

Prinsip tadbir urus yang baik bermakna setiap penjawat awam melaksanakan tanggungjawab melaksanakan tugas yang berfokus kepada pelanggan (rakyat). Mereka seharusnya memastikan tuntutan pelanggan dipenuhi secara cekap dan berkesan dengan meneroka dan menjangka pelbagai kemungkinan pilihan yang diperlukan pelanggan. Usaha-usaha ke arah meningkatkan kepuasan dan menambahbaik perkhidmatan diutamakan. Contohnya, memperkenalkan Pusat Transformasi Bandar dan Luar Bandar (UTC dan RTC).

Seterusnya, prinsip tadbir urus yang baik ialah beretika. Semua penjawat awam perlu mengamalkan etika kerja Islam, “kerja sebagai ibadah” dan menjunjug tinggi nilai-nilai murni dalam perkhidmatan. Tujuannya adalah untuk mengawal tingkah laku dan amalan yang boleh menjejaskan sistem pentadbiran negara seperti rasuah, penyelewengan dan boros di dalam penggunaan sumber negara. Sesungguhnya, penjawat awam yang beretika memantap sistem penyampaian kerajaan yang berkesan.

Selain itu, penjawat awam perlu mempunyai sifat ketelusan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Ketelusan bermaksud pelanggan (rakyat) dapat melihat proses kerja yang jelas dan mudah difahami. Sikap suka menangguh kerja, tidak boleh dipersoalkan, laporan tidak lengkap dan kerja tidak mengikut prosedur (sop) tidak boleh diterima oleh rakyat. Ringkasnya, penjawat awam perlu mempunyai sifat ketelusan dalam kerja yang diamanahkan oleh negara.

Untuk memastikan sistem penyampaian kerajaan berkesan, penjawat awam perlu sifat akauntibili dan integriti. Penjawat awam perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang dan  piawaian yang diguna pakai dalam perkhidmatan. Adalah menjadi kewajipan penjawat awam memberikan penjelasan terhadap apa-apa isu yang menggugat kestabilan negara. Setiap penyelewengan perlu dilaporkan dan orang yang bersalah perlu dihukum.

Seterusnya, prinsip tadbir urus yang baik ialah sistem penyampaian perkhidmatan yang efektif dan efisyen. Seseorang penjawat awam perlu memastikan organisasinya mempunyai sistem yang dinamik seperti yang diharapkan oleh pihak-pihak yang berkepntingan (stakeholders). Di samping pelanggan mendapat perkhidmatan ” value for money” dan pengurangan terhadap pembaziran masa, dana dan sumber negara.

Kesimpulannya, tadbir urus yang cekap dan berkesan dapat meningkatkan tahap kecemerlangan perkhidmatan awam dan memenuhi tuntutan rakyat.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

September 2017
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 988,514 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 61 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: