Pelbagai cabaran dalam tadbir urus baik

1

September 20, 2017 oleh ustazkenali

Tadbir urus baik sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan keadaan tersebut perlu ditangani dengan bijaksana oleh agensi-agensi kerajaan. Bincangkan.

Agensi-agensi kerajaan sentiasa berhadapan pelbagai cabaran dalam mentadbir negara. Sikap bijaksana ketua-ketua jabatan penting supaya penjawat awam dapat menjalankan tugasan mereka dengan cekap dan berintegriti.

Antara cabaran tadbir urus baik ialah untuk memantap integriti penjawat awam. Cabaran ini terjadi kerana bilangan penjawat awam yang ramai dan berkhidmat dalam pelbagai agensi tentulah menghadapi kesukaran untuk menerapkan budaya kerja cemerlang. Kewujudan segelintir pegawai yang curang, tidak berdisiplin dan berakhlak sememangnya menjejaskan mutu perkhidmatan kerajaan. Bahkan menjadi beban dan polemik kepada kerajaan. Contohnya kebocoran maklumat sulit kerajaan menunjukkan integriti penjawat awam diragui.  Tegasnya, memantap integriti penting untuk mengurus negara dengan baik.

Seterusnya, cabaran untuk meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Sistem penyampaian berkait rapat dengan penggunaan sumber modal insan perlu yang disokong oleh teknologi digital dan memerlu kos dan penyelengaraan yang tinggi. Kegagalan  mengoperasi sistem sokongan ini dan model insan yang terlatih mencabar keupayaan mengurus jabatan-jabatan kerajaan. Tegasnya, penggunaan ICT dalam sistem perkhidmatan perlu menyeluruh.

Selain itu, proses globalisasi meletakan dunia di bawah satu unit pentadbiran yang melangkau sempadan dan kedudukan geografi merupakan cabaran baru dalam urus tadbir negara. Apa-apa kesilapan pentadbiran kerajaan seperti rasuah, pecah amanah dan kepincangan akan dicanang dalam sekelip mata akan diketahui diseluruh dunia. Bahkan pemberian taraf Malaysia negera ke 55 paling rasuah dunia amat menjejaskan imej negara. Tegasnya, tugas SPRM menangani rasuah secara telus dan adil penting untuk kebaikan tadbir urus negara.

Pun begitu, rakyat memandang tinggi tadbir urus negara dapat memenuhi keperluan mereka (pelanggan) dan stakeholder. Maksudnya, matlamat perkhidmatan perlu berfokuskan pelanggan (rakyat Malaysia) dan warga asing. Rakyat melihat penjawat awam yang tidak berintegriti dan berakauntibili. Selalu sangat kita penjawat awam leka bermain telefen, berbual dan melambat-lambatkan kerja dan tidak beramanah masa dan kerjanya. Sewajarnya, perkhidmatan awam yang baik menjangkakan masalah rakyat dan menyediakan pilihan-pilih penyelesaianya.

Seterusnya, cabaran menerajui transformasi perkhidmatan kerajaan di Malaysia. Sepatutnya perkdimatan awam menjadi sumber inspirasi dan harapan rakyat bukan kelas ketiga. lambat membuat keputusan dan jika dibuat perbandingan dengan sektor swasta ternyata sektor awam tidak cekap. Ini cabaran utama tadbir urus yang baik.

Kesimpulannya, tadbir urus yang baik memerlukan iltizam yang kukuh, beramanah dalam setiap kerja yang kita lakukan. Sesungguhnya, jatuh bangun sesebuah negara berpunca daripada perkhidmatan awam yang tidak cekap.

Advertisements

One thought on “Pelbagai cabaran dalam tadbir urus baik

  1. Adam berkata:

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat ttg tadbir urus baik kpd saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

September 2017
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 988,514 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 61 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: