Pandanganku

4

Saad Bin Abi Waqas Memeluk Islam

Pada suatu hari di lereng bukit Jiyad, selepas waktu Asar , Saad mengucap syadah di hadapan nabi Muhamad s.a.w.

Sesudah Saad memeluk Islam, beliau bertemu dengan ibunya. Ibunya bertanya, “Apakah agama yang engkau anuti ini?” Apakah engkau telah meninggalkan agama kita? Kalau begitu saya tidak mahu makan dan minum ( mogok lapar) hingga saya mati, sehingga engkau rasa malu dengan tindakanmu memeluk agama Muhammad.  Saad dengan penuh takzim menjawab, ” Demi Allah ibu! Saad adalah manusia yang baik pada ibunya, janganlah ibu berbuat demikian, jika ibu memiliki seibu nyawa sekalipun, daku tidak akan memalingkan diri dari agama Allah. Saad pun pergi menemui Rasulullah. Allah pun menurunkan wahyunya pada Rasulullah dan Rasulullah pun membacakannya pada Saad;  yang maksudNya

”  Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dalam keadaan lemah dan bertambah lemah, dan menyapihnya ( menyusukannya) dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepadaKu sahaja tempat kembalimu. Dan jika keduanya pula memaksamu mempersekutukanKu dengan sesuautu, maka janganlah engkau mentaatinya, dan gaulilah keduanya dengan baik dan ikutilah jalan orang-orang yang mentaatiKU , hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka nanti Aku beritakan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Rujuk Luqman 14-15 )

” Bersikap wajar dalam hidup”

1. Begitulah hebat para sahabat Rasulullah, Cinta mereka pada Allah dan Rasul melebihi dunia dan isinya.
2. Perintah Allah kepada manusia untuk berbuat baik kepada ibu bapa.
3. Jasa ibu terukur kerana mengandungkan kita; beratnya proses mengandung dan menyusukan seorang anak.
4. Perintah Allah supaya manusia bersyukur kepada setiap kurnianNya ( berfikirlah pada waktu dihimpit kesusahan, dan bandingkan masa kita senang ).
5. Dalam apa keadaan manusia kena bersyukur kepada Robb Pencipta dan Ibu bapa.
6. Ingat manusia akan kembali kepada Allah dan akan dibicarakan dan dibalas pahala dan dosa.
7. Melayan kerenah ibu bapa semasa mereka sudah tua.
8. Jangan sekali-kali mempersekutukan Allah.
9. Mengikut Jalan Orang yang mentaati Allah, Jangan ikut jalan sesat dan dimurkai Allah.

U-Ken 5-9.2011

Awas Penipu!

Pemikiran manusia memang sukar diduga, dalam banyak hal yang berlaku hari ini bersifat melampau, taksub dan lebih-lebih. Penipu dan pembohong di mana-mana hatta akdemia pun terlibat sama. Susah untuk mencari gaya hidup yang asli. Wanita dan gadis ingin menjadi “cantik” walaupun dah cantik. Contohnya wajah yang hitam dan sawa matang menjadi putih. Tak ada lagi wajah yang ayu asli semuanya tempelan produk kosmetik.

Sangat sukar mencari orang yang lurus, betul bendul, jauh sekali orang yang ikhlas. Payah benar mencari ahli politik yang membela nasib rakyat. Janji yang ditabur bukan tak ditunaikan tetapi telunjuk lurus kelingking berkait. Ada saja duri yang akan menikam jantung rakyat. Selalu guna bahasaatau istilah, ” meringan beban rakyat”, tapi tak ringan-ringgan pun. Dulu kita marah sangat kepada British, Raja Putih kerana mengenakan pelbagai jenis cukai TAPI cukai yang dikenakan sekarang sangat membebankan. Apabila dibuat analisa hari-hari kena bayar cukai  berbanding dengan cukai yang dikenakan Inggeris.

Untuk meredakan susah hidup rakyat, maka digunakan alasan untuk pembangunan, nak buat pembangunan untuk rakyat.  Cuba tanya diri sendiri. Kalau rakyat tak sokong, kata rakyat tak setia, tak sokong perpaduan. Nasib orang asli jauh lebih terbela daripada Orang Melayu. Bahkan pemimpin Melayu lebih suka cakap “orang putih” walau bahasa Inggerisnya teruk, sikit-sikit cakap orang putih. Tak nampakpun semangat Melayu.

Bila pemimpin politik tersepit, maka sibuklah ke sana ke sini, minta tolong stesen tv, radio, surat khabar lama, budak-budak sekolah untuk menegakkan benang basah. Panggil pula ahli-ahli akademik dari pusat pengajian tinggi untuk sokong pendapat mereka. Tak cukup lagi panggil ustaz, tok guru, dan tok mufti untuk kata yang mereka buat baik.  kalau kita tengok tv, mana-mana tv tak kisahlah, hampir setiap hari  ada “promosi arak” dalam filem, ada tok mufti ambil peduli. Tapi kalau ” arak seludup” tak bayar cukai kena tangkap, ada sidang akhbar pula. Ini melampau kan?

Kita sudah lali dengan masyarakat yang kacau bilau. Bapa rogol anak, pemimpin penipu, dadah, pelacuran, rasuah, hingga ke tahap tepu. Siapa peduli. Kadang-kadang kita menipu diri kita sendiri dan ditambah dengan penipuan orang lain. Contoh, lepas solah dan doa, atau dengar khutbah jumaat dan keluar masjid terus merokok. Sedangkan rokok itu “benda haram, najis, kotor, memudhoratkan kesihatan, sia-sia, membazir’ Memang jelas haram. Hisap juga, lagi dan lagi. Rosak Iman dan Rosak Islam. Sedangkan baru sahaja bersyahadah, janji dengan Allah dan Rasul. Lidah sahaja yang mengucap menjunjung syahadah sedangkan hati dan amalan tidak. Inilah makna “kufur”. Kita berasa kita seorang Islam hakikatnya seorang yang ” fasik, dholim, kufur, dan lagi munafik”. Renunglah siapa diri kita .

Advertisements

4 thoughts on “Pandanganku

  1. Generally I do not read article on blogs, however I wish to say that this write-up very
    pressured me to try and do so! Your writing style has been surprised me.
    Thanks, quite great post.

  2. Ervin berkata:

    Your mode of describing all in this paragraph is actually pleasant, all be capable of without difficulty know it, Thanks a lot.

  3. Hi everyone, it’s my first visit at this web site, and paragraph is truly fruitful in favor of me, keep up posting these types of articles.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Disember 2017
I S R K J S A
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 797,564 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 59 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: