BAHASA MELAYU P 3 910/3

STRATEGI MENJAWAB 910/3

Soalan peperiksaan 910/3 memang sukar, jika para pelajar kurang membaca dan membuat latihan kemungkinan untuk lulus cemerlang sangat tipis. Jadi anda perlu suatu strategi yang mantap untuk berjaya.

Strategi 1

  1. Membaca kesemua tajuk dan membuat nota ringkas ( wacana, retorik, variasi bahasa, laras bahasa, semantik, dan pragmatik)
  2. Mengetahui setiap istilah dalam tajuk-tajuk dengan tepat.
  3. Jawapan Bahagian A kena memperolehi 15 markah dan Bahagaian B 30/45, Total 45/65 ).
  4. Boleh menyatakan 5 ciri wacana secara aplikasi ( menulis satu perenggan karangan yang lengkap).
  5. Dapat mengenal pasti jenis-jenis penanda wacana(penanda penghubung, penanda penghubung tambahan, penanda penghubung tentangan, musabab, tempoh, kesimpulan, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal.( 3 markah).
  6. Perkara yang patut anda buat setiap hari mengulang-ngulang latihan yang sama sehingga benar-benar faham  (10X) untuk setiap tajuk. Cuba dan Cuba lagi jangan putus asa.
  7. Jika anda membuat latihan Model ( Contoh Model 1 – 10, cara terbaik untuk kuatkan ingatan dengan menjawab soalan no. 1 bagi model 1 – 10, kemudian barulah jawab soalan no.2  dan seterusnya kerana Pola soalan hampir sama).
  8. Bagaimana membina wacana 40 patah perkataan? Jawapannya sama seperti menulis satu perenggan karangan ( Fikirkan satu tajuk, ada idea utama, ada huraian 1, 11, gunakan penanda wacana ( Kohesi dan koheren).
  9. Kutip 1 markah bagi soalan mudah, jangan lepaskan peluang yang berharga ini kerana soalannya mudah.
  10. Kutip markah melalui soalan membina ayat. Amat rugi jika gagal membina ayat.
  11. Begitu juga soalan yang berkaitan dengan peribahasa dan gelaran. Lapangkan masa anda untuk membaca bahagian ini.
  12. Selamat Berjaya.
Advertisements
Jun 2018
I S R K J S A
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 895,686 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 61 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: